Selamat Hari Lahir ‘Bossku’

KUALA LUMPUR – Suasana Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi bagaikan pesta seketika apabila nyanyian ‘Happy Birthday To You’ bergema di lobi mahkamah. 

Nyanyian sambutan hari lahir itu tahun itu adalah ditujukan khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh 50 penyokongnya yang diberi nama ‘team mahkamah Datuk Seri’ yang sudah tiba sejak awal pagi tadi.

Apa yang menarik, nyanyian sambutan hari lahir untuk Najib ke 66 tahun itu, dinyanyikan sejurus selepas Najib keluar dari kenderaan Proton Perdana pukul 11 pagi yang kemudian beliau meniup lilin dan memotong sendiri kek tersebut sebelum menjamahya.

Ketika diminta untuk memberi ucapan sempena hari lahirnya Najib dengan nada bersahaja menjawab “takpa takpa nak naik mahkamah dah”.

Beliau kemudian terus berjalan dan memasuki lif untuk menjalani perbicaraan kes SRC yang  bersambung lagi hari ini.

Pada 4 Julai tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah serta satu pertuduhan menyalahgunakan jawatan berhubung dana SRC.

Kemudian, pada 8 Ogos tahun sama, Najib sekali lagi didakwa atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama daripada dana sama milik SRC.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Loading...