Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

JPN Pandang Serius Laporan...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memandang serius laporan Al Jazera pada Jumaat...

Jualan Produk Kraf Di...

KOTA BHARU - Jualan produk kraf di Kelantan menurun kepada RM33.8 juta dalam...

2 Maut Kereta Rempuh...

IPOH - Dua maut dan seorang parah apabila sebuah kereta dilapor merempuh sebuah...

19 Lagi Barangan Harga...

KAWALAN bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) telah diperluaskan kepada 19 barang...

Selam Ke Dasar Laut Bukan Asing Bagi Sultan Johor

SELAMA ini, Sultan Johor lebih dikenali kerana gemar memandu kenderaan klasik, namun kali ini baginda turut menceritakan pengalamannya baru-baru ini menyelam di dasar laut.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Sabtu malahan berkenan melawat sekitar perairan Pulau Rawa di Mersing sambil ditemani oleh beberapa pembantu dan pegawai istana Johor.

Perkara itu diceritakan baginda menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang turut tular apabila menerima ratusan tanda reaksi dan dikongsi lebih 500 kali oleh netizen.

“Setiap kali melakukan selaman, berpeluang melihat khazanah di dalam laut dan turut berkenan memastikan keindahan alam semula jadi itu tidak diganggu dan musnah akibat kerakusan manusia.

Tambah catatan itu, Sultan Johor sebenarnya turut dikenali sebagai seorang penyelam skuba yang hebat dan amat menggemari pelbagai aktiviti di laut, bahkan salah satu hobi yang digemari baginda ialah memancing.


Baginda juga dikatakan boleh menggemudi bot secara seorang diri sambil mengelilingi laut kawasan bagi melihat sendiri keindahan ciptaan yang Maha Esa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori