Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SPR Kaji Parlimen Batalkan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji samada persempadanan semula kawasan...

Kolej KLIA Mahu Jadi...

KUALA LUMPUR - Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA (Kolej KLIA) berharap status institusi...

Tahan Sakit 20 Minit,...

Seorang lelaki warga Myanmar terpaksa menahan sakit lebih 20 minit akibat tangannya tersepit...

Sektor Pertanian Akan Terus...

SERDANG - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan bahawa sektor pertanian...

Sektor Pekerjaan Pekerja Asing Dilihat Semula

SEREMBAN – Kementerian Sumber Manusia akan melihat semula keenam-enam sektor pekerjaan pekerja asing secara menyeluruh dalam usaha berterusan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata ketika ini nisbah penggajian pekerja asing kepada jumlah penduduk bekerja iaitu 11.7 peratus berbanding 10 tahun lalu iaitu sebanyak 19.3 peratus iaitu pengurangan sebanyak 7.6 peratus.

“Pada 2008 jumlah pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berjumlah 2.06 juta orang.

“Manakala pada 2018 (sehingga 31 Ogos) menunjukkan jumlah pekerja asing yang memegang PLKS adalah berjumlah 1.75 juta orang iaitu pengurangan sebanyak 312,242 orang dalam tempoh 10 tahun ini.

“Kita harap dapat terus kurangkan dari semasa ke semasa sebab dasar kita masih ikut dasar kebergantungan terhadap pekerja asing iaitu sebanyak 15 peratus, jadi kita perlu lihat secara menyeluruh enam sektor dan sub sektor yang telah ditetapkan bagi pengambilan pekerja asing ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing Datuk Seri Mohd Hishamuddin Yunus.

Mengulas mengenai keputusan kerajaan memansuhkan sistem pengambilan pekerja asing melalui ejen atau syarikat dan akan diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Sumber Manusia, Mahfuz berkata kementerian tidak akan berhadapan dengan sebarang masalah kerana ia hanya melibatkan peralihan peranan 100 syarikat sumber luar ini kepada kementerian.


“Sebelum ini program penyumberan luar diuruskan Kementerian Dalam Negeri dan tugas ini akan diserahkan kepada Kementerian Sumber Manusia di bawah Agensi Pekerjaan Swasta, saya tidak nampak apa-apa impak atau masalah untuk kita laksanakannya,” katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata kerajaan juga sedang mengkaji sistem multitier levi yang akan memberi kemudahan kepada majikan untuk menentukan pekerja asing yang mereka ingin gajikan seperti yang telah dilaksanakan Singapura.

Sehingga hari ini, sebanyak sembilan sesi Town Hall telah dilaksanakan antaranya di Kuala Terengganu, Kuantan, Melaka, Miri, Kuching melibatkan seramai 2,787 peserta dan daripada sesi itu, sebanyak 18 memorandum telah diterima dan 414 maklumbalas telah direkodkan pihak sekretariat.

Bagi sesi Town Hall hari ini sebanyak tiga memorandum telah diterima daripada wakil majikan dan sesi ini juga turut berlangsung di Pulau Pinang. – BERNAMA

Kategori