Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 3 Individu...

TUARAN - Polis menahan tiga individu termasuk sepasang suami isteri, berumur antara...

Cara Penstrukturan Semula Subsidi...

Menurut mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad, perlaksanaan penstrukturan semula subsidi bahan api...

Jual Dadah Dalam Cecair...

PETALING JAYA : Lagi kegiatan sindiket penjualan cecair vape bercampur dadah dibongkarkan Jabatan...

Pelajar Rabun Kronik Jawab...

SEREMBAN - Chow Jia Yin, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menghidap penyakit...

Sektor Bas Sekolah Perlu Pembaharuan Agar Kekal Relevan

TANAH MERAH – Sektor bas sekolah perlu melakukan pembaharuan agar kekal relevan sekali gus mampu memberi persaingan kepada pengusaha pengangkutan awam lain.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Kelantan Izani Zakaria berkata pihak kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan perlu membuat pembaharuan atau penjenamaan semula terhadap perkhidmatan tersebut kerana ia dilihat sudah ketinggalan zaman.

“Pada peringkat awal, setidak-tidaknya menukar nama bas sekolah kepada ‘Bas Pelajar’ selain menukar warna kuning kepada warna yang lebih menarik.

“Sudah tiba masanya kerajaan melakukan perubahan terhadap sektor ini keranan kita sudah melangkah ke negara maju dan moden namun bas sekolah masih di takuk lama,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Izani berkata, di Kelantan sebanyak 110 syarikat pengusaha bas sekolah yang berdaftar rata-ratanya mahukan satu perubahan untuk berdepan cabaran dalam sektor pengangkutan awam ketika ini.

“Pembaharuan ini juga penting kerana ia boleh menarik minat pihak sekolah untuk menggunakan perkhidmatan kami bagi mengadakan aktiviti sekolah sama ada di dalam ataupun di luar negeri.

“Apabila melihat warna kuning, mereka terus berdiam dan tidak berminat dengan perkhidmatan kami. Pihak sekolah lebih berminat untuk mendapatkan pengusaha lain,” katanya.


Katanya pembaharuan itu juga penting kepada pengusaha bagi menambah pendapatan terutamanya pada musim cuti sekolah hujung tahun.

“Sekiranya ada permintaan dari pihak sekolah, sekurang-kurangnya ia dapat menambah pendapatan kami di samping hasil sewaan daripada masyarakat.

“Kami tidak boleh hanya bergantung kepada pelajar semata-mata kerana saingan pengangkutan awam sekarang semakin hebat,” katanya. – BERNAMA

Kategori