Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Seludup Rokok Guna Jalan...

Kuala Lumpur : Kegiatan penyeludupan rokok tidak bercukai kembali meningkat sejak Januari lalu.Ikuti...

Ternakan Kerang Di Kuala...

TAIPING - Kerajaan Negeri Perak sedang mengambil tindakan bagi mengatasi masalah kemerosotan 90...

Jurgen Klopp Yakin Harry...

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp percaya Harry Kane adalah penyerang yang lebih berbahaya berbanding...

Ustaz Kazim Stabil, Boleh...

KOTA BHARU - Pendakwah Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias yang dimasukkan ke Hospital...

Sekolah Al-Quran Malaysia Dibuka Di Gaza

GAZA – Sebuah badan bukan kerajaan, Aman Palestin Berhad sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya menubuhkan Sekolah Al-Quran Malaysia di tengah-tengah bandar Gaza.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin cawangan Gaza, Ir. Omar Seyam dan disaksikan pegawai kanan Kementerian Pendidikan Palestin selain wakil pelbagai pertubuhan masyarakat setempat.

Sekolah yang bernilai RM4.3 juta itu terletak berhampiran kawasan kem pelarian Nusierat di tengah Gaza dan acara pembukaan turut dirasmikan Wakil Kementerian Pendidikan Palestin, Dr Mohd Seyam Abu Hammam.

Menurut media tempatan, sekolah berkonsepkan maahad tahfiz untuk anak-anak Gaza ini diusahakan oleh Aman Palestin hasil sumbangan kewangan rakyat Malaysia, dengan kerjasama pertubuhan Darul Quran Wa Sunnah.

Ia merupakan sebuah pertubuhan tempatan yang memfokuskan projek komuniti termasuk usaha pembangunan masyarakat menerusi Al-Quran, menurut Omar dipetik daripada portal Ismaweb.net disiarkan pada Isnin.

Sekolah dengan berkeluasan lantai 4,500 meter persegi itu, kini mempunyai 60 pelajar yang mengikuti pendidikan dalam bidang al-Quran. Operasi sekolah ini dilaksanakan sepenuhnya Dar Al-Quran Al-Kareem Wa Sunnah.

Beliau dalam ucapannya berkata, Aman Palestin komited hendak membantu rakyat Palestin khususnya di wilayah Gaza yang masih jauh ketinggalan berbanding Tebing Barat menerusi pelbagai projek pembangunan masyarakat.

“Pelbagai projek telah dan sedang kita usahakan. Selain sekolah tahfiz setinggi tiga tingkat ini, pihak Aman Palestin juga telah berjaya membina semula Masjid Al-Qassam di Khan Younis dan Masjid Imam Syafie di Hayy Zaitun.

“Kami juga merancang untuk membina dan memperbaiki kembali beberapa buah hospital yang agak daif namun amat diperlukan warga Gaza pada ketika ini bagi mendapatkan kemudahan rawatan kesihatan,” kata Omar.


Selain pejabat pentadbiran, sekolah tersebut juga dilengkapi dengan 23 kelas termasuk makmal komputer, makmal sains, perpustakaan, dewan latihan dan serba guna serta sebuah surau untuk kemudahan pelajar bersolat.

Dalam pada itu, pengetua sekolah berkenaan, Syeikh Abdul Rahim al-Ajiz dilaporkan berkata, objektif penubuhan institusi pendidikan tersebut adalah bagi mewujudkan generasi Al-Quran yang mampu transformasi masyarakat.

“Ada empat aspek penekanan kita. Pertama, untuk mendidik pelajar ke arah akhlak mulia, kedua mendidik pelajar menjadi pelajar berilmu menggunakan alat bantuan pengajaran yang moden, ketiga melatih kepemimpinan pelajar.

“Manakala aspek keempat ialah bagi mendidik kelompok pelajar tersebut untuk berperanan sebagai ejen transformasi dalam masyarakat setempat dengan berpandukan sumber Al-Quran,” kata Abdul Rahim lagi.

Apa agak menarik, sekolah tahfiz moden tersebut yang dibina lebih setahun lalu, mampu menampung sejumlah 700 pelajar dan kesemua tenaga pengajarnya pula merupakan warga Palestin sendiri yang terlatih.

Pelbagai acara persembahan kemudian dihidangkan untuk ramai hadirin antaranya bacaan doa dan nasyid yang dipersembahkan sendiri oleh anak-anak Gaza lengkap berpakaian baju Melayu dengan berkain sampin.

Majlis perasmian sekolah tersebut juga mendapat liputan meluas daripada media tempatan antaranya Al Aqsa Channel yang membuat liputan berita dan siaran secara langsung. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori