Sekarang Musim Rasmi Lif, Lampu Isyarat Ke? – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyindir dua wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang hadir merasmikan lif dan lampu isyarat di kawasan masing-masing.

“Nampaknya PH sangat happy buat majlis merasmikan lif,” katanya yang berkongsi gambar Halimey Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia.

Gambar itu menunjukkan Halimey sedang menandatangani plak perasmian lif di Taman Desaria Fasa 5B.

Turut menjadi sindiran bekas Perdana Menteri itu ialah Azrul Mahathir Aziz, ADUN Bayan Lepas.

Semalam, Azrul merasmikan lampu isyarat lintasan pejalan kaki di Sekolah Kebangsaan Teluk Kumbar.

“Alhamdulillah. Lampu isyarat turut dirasmikan ADUN PH hari ini.

“Memang musim rasmi lif, lampu isyarat ke sekarang ni?” tanya Najib. – MalaysiaGazette