Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Status Pelabuhan Bebas Labuan...

LABUAN - Status pelabuhan bebas Labuan perlu kekal sepenuhnya, dengan akses langsung kepada...

Lelaki Maut, Ibu Dirawat...

TEMERLOH - Lelaki maut dipercayai mengalami renjatan elektrik selepas menyentuh tiang di depan...

Tom Hiddleston Sekadar ‘Barang...

PELAKON Tom Hiddleston dilaporkan tidak mahu meneruskan hubungan cintanya dengan Taylor Swift kerana...

Kenali Siapa Tan Sri...

Hujah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjadi faktor penting dalam menentukan nasib Datuk...

Sejak Bila SPRM Mengesahkan MC Pesakit? – Najib

KUALA LUMPUR – Sejak bila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi tanggungjawab untuk mengesahkan cuti sakit pesakit, soal Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah jelas SPRM menyalahguna kuasa serta cubaan untuk menakutkan saksi dan mereka yang memberi perkhidmatan kepadanya.

“Lepas itu, ramai doktor dan pakar lain khuatir untuk memberi perkhidmatan kepada kita kerana bimbang akan dipanggil SPRM untuk disoal siasat berjam-jam,” ujarnya yang memaklumkan doktor pakar berkenaan disiasat SPRM selama tiga jam.

Beliau berkata demikian susulan kenyatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor kepada Datin Seri Rosmah Mansor tidak lagi menjadi kes siasatan lagi selepas kehadirannya di mahkamah.

Latheefa memberitahu, siasatan terhadap doktor yang mengeluarkan sijil cuti untuk Rosmah sekadar untuk pengesahan sahaja.


“Hari ini, SPRM kata tiada masalah dengan MC isteri saya. SPRM cuma mengesahkan MC itu tulin atau tidak.

“Nak tanya. Sejak bila SPRM ada tanggungjawab atau kepakaran untuk mengesahkan cuti sakit dengan penyakit?” soal Najib. – MalaysiaGazette

Kategori