Segera Lapor Kalau Nampak Geng Plastik Hitam!

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta kakitangan sebuah restoran makanan segera di Nilai melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri jika ternampak ‘geng plastik hitam’.

Beliau membalas ciapan seorang kakitangan restoran tersebut, @nrslmaaaa yang menyapanya di Twitter kerana sudah lama tidak bertemu Zulkifli yang selalu membeli makanan di restoran itu.

Zulkifli yang menghargai pertanyaan @nrslmaaaa memberitahu, beliau ketika ini agak sibuk dan mendoakan kesejahteraan warga kerja restoran berkenaan.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Waalaikumussalam. Agak sibuk sekarang. Moga sihat semuanya warga kerja di Nilai. Kalau nampak geng plastik hitam di situ, buat laporan ke Jabatan Agama Islam Negeri ya,” ciapnya pantas menarik perhatian netizen.

Netizen yang membaca ciapan itu membanjiri ruang komen dengan memberi pandangan mereka.

Tidak terkecuali dari @aimran dalam nada guraunya, “Geng-geng ni dah urban Dr, mereka dah pakai Foodpanda, Grab dan lain-lain, plastik hitam dah jadi aplikasi hitam.”

Gurau @abey pula, “Usha juga kedai Ah Hock, takut-takut ada bungkus mi kari.”

“Sambil sambil ustaz bagi,” seloroh Ariff Zakuan pula.

Dalam pada itu, ada juga netizen melaporkan terus perbuatan ‘geng plastik hitam’ berlaku di lokasinya. – Sinar Harian

Loading...