Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

7 Ditahan Berkaitan Kes...

ALOR SETAR - Polis menahan tujuh lelaki susulan kes bakar cebisan al-Quran di...

Gagal Curi Wang Surau,...

JOHOR BAHRU - Sebuah buku agama dibakar dipercayai oleh penjenayah yang berang kerana...

Kementerian ‘Tidak Pasti’ Harga...

PIHAK Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ‘tidak pasti’ harga gula...

Kecurian Motosikal Antara Jenayah...

JOHOR BAHRU - Kecurian motosikal dilaporkan antara kes jenayah paling tinggi direkodkan di...

Segelintir Penganut ‘Islam Liberal’ Di Jakarta Makan Babi

KUALA LUMPUR – Sekumpulan golongan penganut Islam berfahaman liberal di Jakarta dilaporkan memakan hidangan daging babi.

Sebuah majalah televisyen, Coconut TV menyiarkan laporan mengenai trend memakan hidangan daging babi dalam kalangan umat Islam di negara yang mempunyai penganut agama Islam terbesar dan paling ramai di dunia itu.

Laporan bertajuk ‘Muslim Pork Eaters of Jakarta’ yang boleh ditonton di YouTube itu menyebut, trend memakan hidangan daging babi dalam kalangan umat Islam di Jakarta menyebabkan restoran yang menyediakan menu berasaskan haiwan berkenaan semakin banyak di kota metropolitan itu.

Panggagin antara restoran yang menghidangkan daging haiwan yang diharamkan dalam Islam itu. Salah seorang daripada dua orang pemilik restoran itu bernama Derra merupakan penganut Islam.

Jelas Derra, tanda haram diletakkan di Instagram restoran itu sebagai amaran kepada penganut agama Islam bahawa restoran itu menghidangkan daging babi.

“Sekiranya anda beragama Islam dan mahu memakan daging babi, saya tidak kisah. Jika anda rasa tidak selesa, jangan memakannya,” ujar Derra.


Salah seorang pelanggan beragama Islam bernama Aryo berkata, beliau tidak melihat memakan daging babi sebagai satu kesalahan kerana dia melakukan apa yang dia suka.

“Dulu aku cuba-cuba sahaja. Kerana ingin tahu, makin dilarang makin aku ingin tahu. Apa lagi yang dilarang agama.

“Salah itu hanya persepsi. Aku tidak nampak ini salah kerana aku hanya melakukan apa yang aku suka. Ini hidup aku,” kata Derra. – UTUSAN ONLINE

Kategori