Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isteri CEO Cradle Fund...

PUTRAJAYA - Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham...

UMNO Kutuk Samakan LTTE...

UMNO desak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kaji semula kewujudan badan pengganas Liberation Tigers...

Aura Ucapan Tegas Najib...

BAGI yang rajin suka baca cerita politik ‘kedai kopi’ menerusi Facebook, portal berita...

Wan Azizah, Anwar Selesai...

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PKR,...

Segelintir Ambil Mudah Hal Pemandu Kedua

KUANTAN – Terdapat segelintir pengusaha bas ekspres mengambil mudah dalam penyediaan pemandu kedua walaupun menyedari faktor keletihan boleh menyumbang nahas jalan raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Supt. Mohamad Noor Yusof Ali berkata pihaknya mendapati jumlah pengusaha yang terlibat ialah sebanyak satu peratus menerusi Operasi Kenderaan Bas yang dijalankan di sekitar negeri ini.

Beliau berkata perkara itu dibawa ke pengetahuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selain pengusaha sendiri dinasihatkan untuk segera menyediakan pemandu kedua bagi keselamatan dan kelancaran perjalananan.

“Berdasarkan operasi yang dijalankan, kami mendapati masih ada pengusaha bas ekspres yang hanya menggunakan seorang pemandu dan tidak menyediakan pemandu kedua walaupun undang-undang tentang hal ini sudah lama dikuatkuasakan.

“Ini boleh membahayakan nyawa penumpang kerana pemandu yang keletihan tanpa diganti selepas melalui perjalanan jauh. Oleh itu, kami mengarahkan supaya syarikat terlibat menyediakan pemandu kedua sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan,” katanya.

Mohamad Noor berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau hari terakhir Operasi Kenderaan Bas di Terminal Sentral Kuantan (TSK) di sini malam tadi.


Operasi selama sepuluh hari bermula 20 November itu dijalankan secara bersepadu melibatkan polis, SPAD, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Mohamad Noor berkata sepanjang operasi itu pihaknya mengeluarkan 2,860 saman dan daripada jumlah itu 90 saman dikenakan kepada pemandu bas atas pelbagai kesalahan antaranya memotong di garisan berkembar.

“Kami juga dapat mengesan 16 orang positif dadah menerusi ujian air kencing dilakukan AADK iaitu enam daripadanya membabitkan seorang pemandu dan enam penumpang bas,” katanya. – BERNAMA

Kategori