Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

10,000 Tan Makanan, Plastik...

JERANTUT - Kira-kira 10,000 tan makanan yang masih elok dan plastik terbuang setiap...

Purata 1-2 Kes Bunuh...

PUTRAJAYA - Purata satu hingga dua kejadian bunuh diri dilaporkan berlaku di Malaysia...

Pembangkang Tidak Percaya Pada...

KOTA KINABALU - Cadangan 13 kerusi tambahan bagi kawasan persempadanan Dewan Undangan Negeri...

Jeneral Tentera Iran Terbunuh...

BAGHDAD - Jeneral tentera Revolusi Iran, Qassem Soleimani terbunuh dalam serangan udara tentera...

SEDC Meterai Jual Beli Bas Sel Bahan Api Hidrogen

KUCHING – Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) telah menandatangani perjanjian jual dan beli dengan Foshan Feichi Automobile Manufacturing Co., Ltd, China untuk pembelian bas yang menggunakan sel bahan api hidrogen.

Pengurus Besar SEDC, Datuk Soedirman Aini berkata majlis menandatangani perjanjian itu telah diadakan di Bandar Yunfu, Guangdong, China baru-baru ini.

“Ini merupakan satu lagi pencapaian penting bagi SEDC,” katanya dengan menambah, penggunaan bas bersel bahan api hidrogen adalah sejajar dengan saranan pelaksanaan pengangkutan awam mesra alam dan hijau di Sarawak seperti dihasratkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Soedirman berkata Sarawak menyasarkan menjadi yang pertama di rantau ini menggunakan bas pelepasan bukan karbon dan mungkin negeri pertama di Malaysia, sejajar dengan aliran global ke arah melindungi dan pematuhan alam sekitar.

“Negara kita dan Sarawak khususnya mempunyai sumber tenaga hidro yang amat banyak, yang boleh digunakan untuk mengekalkan penggunaan bas bersel bahan api hidrogen memandangkan kedua-duanya bersifat ekonomik dan mesra alam,” katanya.

Di samping itu, beliau berkata langkah tersebut akan memberikan kos operasi lebih murah bagi perkhidmatan sedemikian khususnya di kawasan utama, termasuk perbatuan lebih baik apabila menggunakan sel bahan api hidrogen dan bukannya bahan api fosil.

Beliau berkata kos pengangkutan awam menjadi lebih murah memandangkan hidrogen diekstrak daripada air dan tidak seperti bas jenis lain apabila kosnya bergantung kepada harga bahan api fosil global.

Soedirman juga berkata perjanjian itu, antara lain, akan membuka peluang kerjasama antara SEDC dan Foshan Feichi Automobile bagi cadangan pembangunan perkhidmatan bas bersel bahan api hidrogen antara bandar, merangkumi semua laluan pengangkutan utama di negeri ini.


Beliau berkata, kumpulan pertama bas menggunakan sel bahan api hidrogen itu dijangka ditawarkan buat pertama kali di jalan raya di Kuching menjelang Mac 2019, seperti yang diumumkan Abang Johari pada September tahun ini selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara SEDC dan Foshan Feichi Automobile bagi membekalkan dan menyerahkan bas berkenaan.

Soedirman berkata, kerajaan negeri akan menggunakan tiga unit bas pertama sebagai sebahagian daripada projek rintis dan penyelidikan, bertujuan meningkatkan dan menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih baik kepada penduduk tempatan.

Ketua Menteri turut mengatakan kerajaan negeri sedang mempertimbang untuk menyediakan perjalanan percuma bagi penduduk tempatan dan pelancong dengan menggunakan bas berkenaan setelah ia tiba bagi ujian percubaan.

Abang Johari juga mengumumkan loji pengeluaran dan stesen bahan api hidrogen akan dibina oleh Sarawak Energy Bhd dan dijangka siap apabila bas bersel bahan api hidrogen diserahkan di sini tahun depan.

Jerman dan China merupakan antara negara yang telah berjaya melaksanakan penggunaan bas bersel bahan api hidrogen. – BERNAMA

Kategori