Sebut Pondan: BN, PAS Keluar Sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Pembangkang daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS meninggalkan sidang Dewan Rakyat sebentar tadi apabila tidak berpuas hati…

KUALA LUMPUR – Pembangkang daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS meninggalkan sidang Dewan Rakyat sebentar tadi apabila tidak berpuas hati bermula daripada isu nasib kontraktor bumiputera.

Tindakan itu dibuat selepas Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) yang mahu membangkitkan perkara tersebut, dihalau keluar oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon kerana menggunakan perkataan pondan terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan enggan menarik perkataan tersebut.

Tindakan Rashid yang dianggap tidak adil itu membuatkan kesemua Ahli Parlimen BN dan PAS keluar meninggalkan sidang dewan.

Keadaan itu berlaku semasa Guan Eng menjawab perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019.

Ahmad Marzuk membangkitkan isu nasib kontraktor bumiputera apabila mendakwa kontrak yang diperuntukan kepada bumiputera kini dijalankan secara terbuka kononnya boleh disertai oleh bukan bumiputera.

Ketika berbalah, Ahli Parlimen PAS itu mendakwa Menteri Kewangan ‘macam pondan’ kerana tidak membenarkan beliau bercakap tentang hal tersebut tanpa bukti jelas.

Keadaan itu membuatkan penyokong kerajaan bengang dan meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mendesak dan menghalau Ahmad Marzuk keluar Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat. – UTUSAN ONLINE

Loading...