Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar Larikan Diri Dakwa...

SHAH ALAM - Tindakan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun melarikan diri dari...

Diboikot Gara-Gara Bapa Hantar...

SEORANG pelajar di Hangzhou, China diboikot selepas tiba di sekolah dengan menaiki kereta...

Impian Pak Mansor Tercapai...

SEREMBAN - Impian warga emas yang mencari barangan terbuang bagi menunaikan haji di...

Kemalangan Jatuh Parit, Tak...

SEORANG penyelia projek perumahan, Law Ah Kam, 54, ditemui meninggal dunia setelah kenderaan pacuan...

Sebuah Kereta Dan 16 Motosikal Terbakar Di Bayan Lepas

GEORGETOWN – Sebuah kereta dan 16 motosikal yang diparkir di Blok A, Pangsapuri Saujana Damai, Bayan Lepas terbakar tengah malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Penguasa Bomba Kanan II, Zainol Md Isa berkata pihaknya menerim laporan pada pukul 12.35 tengah malam.

“Motosikal pelbagai jenis dan kereta Myvi itu diletak di tempat parkir di foyer apartmen berkenaan,” katanya.

Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Siti Norsalawati Saad berkata pihak polis akan mendapatkan rakaman CCTV di kawasan berkenaan bagi membantu siasatan.


Seorang penghuni pangsapuri itu, Adam Iskandar Mohd Razali, 26, berkata beliau terjaga daripada tidur apabila mendengar beberapa letupan kuat.

“Kami pada mulanya ingat ada rumah terbakar di tingkat satu tapi terkejut apabila melihat api yang marak di parkir di tingkat bawah dan sebahagian kenderaan di situ terbakar.

“Saya dan beberapa penduduk cuba memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi gagal kerana api menyambar begitu cepat,” katanya yang motosikalnya turut musnah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori