Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Barisan Pemain Malaysia Pamer...

KUALA LUMPUR - Pengarah teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berpuas...

188 Kawasan Di Selangor...

PETALING JAYA – Gangguan bekalan air berjadual bakal berlaku di Selangor melibat 188...

Aliran Trafik Plus Bergerak...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan bergerak perlahan setakat...

Polis Rampas 16 Senjata...

LANGKAWI - Polis Kedah merampas 16 senjata api termasuk raifal dan senapang patah...

90% Jangkitan HIV/AIDS Akibat Seks Tidak Selamat

MELAKA – Sebanyak 90 peratus daripada jumlah kes jangkitan HIV/AIDS dalam tempoh 2009 hingga tahun lepas di negara ini adalah akibat kegiatan seks tidak selamat, berbanding 10 peratus akibat suntikan penagihan dadah.

Ketua Sektor HIV/STI dan Hepatitis C, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Anita Suleiman berkata daripada peratusan jangkitan akibat seks tidak selamat itu pula, kira-kira 50 peratus adalah daripada golongan homoseksual dan 40 peratus heteroseksual.

Beliau berkata trend berkenaan mengalami perubahan ketara sejak apedemik HIV/AIDS pertama kali dikesan di negara ini pada 1986 yang mana golongan penagih dadah adalah kumpulan paling ramai dikesan dijangkiti penyakit itu.

“Kajian dilakukan ke atas empat kumpulan berisiko tinggi menghidap HIV/AIDS — iaitu penagih dadah, lelaki mengadakan hubungan seks sejenis, transgendar dan pekerja seks — mendapati kadar jangkitan melibatkan kumpulan itu meningkat kecuali penagih dadah.

“Penurunan kes jangkitan melibatkan penagih dadah disebabkan beberapa faktor utama khususnya usaha berterusan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan antara Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan dan Terapi Gantian Metadon bermula 2006,” katanya kepada pemberita di Bandar Hilir di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas perasmian Persidangan Kebangsaan ‘Cities Getting to Zero HIV 2018’ di sini, disempurnakan Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Low Chee Leong dan turut dihadiri Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Ghazali Othman.

Anita berkata jangkitan HIV/AIDS sukar dikesan dalam kalangan pengamal seks tidak selamat kerana tiada platform atau kriteria khas yang menunjukkan mereka penghidap penyakit berkenaan pada peringkat awal sehingga mereka jatuh sakit berbanding penagih dadah kerana saringan dilakukan di penjara dan pusat serenti.


Sehubungan itu, golongan berisiko tinggi perlu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mencegah jangkitan berkenaan melalui saringan serta membuang rasa malu terhadap stigma atau persepsi masyarakat terhadap penghidap HIV/AIDS.

Sementara itu, beliau berkata jumlah kes HIV/AIDS di negara ini menunjukkan pola mendatar dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini iaitu purata 3,300 kes setahun dan ini membimbangkan dalam usaha kerajaan mencapai sifar HIV/AIDS menjelang 2030.

Katanya, 70 peratus daripada golongan yang dijangkiti HIV/AIDS adalah mereka yang berusia 29 hingga 39 tahun dan lelaki mendominasi jumlah tertinggi dijangkiti penyakit itu berbanding wanita pada nisbah 8:1.

Dalam pada itu ketika berucap merasmikan persidangan itu, Low berkata bilangan penghidap penyakit HIV/AIDS di negara ini dianggarkan 73,557 orang dengan kadar jangkitan 10.5 peratus untuk setiap 100,000 penduduk. – BERNAMA

Kategori