Sebanyak 117 ‘Ah Long’ Diburu Polis

KUALA LUMPUR – Sebanyak 117 ‘Ah Long’ diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat dalam kegiatan pinjaman wang tidak berlesen.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Zakaria Ahmad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 50 individu diburu untuk dituduh di mahkamah dengan kertas siasatan dan waran tangkap sudah diperolehi.

Ujarnya, manakala 63 lagi diperlukan untuk melengkapkan siasatan diikuti untuk dituduh dan dalam proses mendapatkan waran tangkap (4).

“Kita tidak pernah menutup kes berkaitan ‘Ah Long’ dan memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang dicari untuk menyalurkan maklumat.

“Kita serius dalam menangani kes pinjaman wang haram ini dan satu operasi ‘Op Vulture’ telah dilakukan baru-baru ini untuk memeriksa sebanyak 536 premis pinjaman berlesen dan 199 pejabat ‘Ah Long’.

“Daripada serbuan itu, kita tahan 221 individu terdiri orang tengah yang menjalankan pinjaman tidak berlesen,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zakaria memberitahu, dengan tindakan yang dilakukan ini, kita harap dapat meredakan sedikit kegusaran kepada mangsa yang pernah diugut dengan tuntutan yang tidak munasabah.

Loading...