Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lawatan PM Perkukuh Hubungan...

MALE (Maldives) - Hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Maldives kini...

Belia Cipta Cara Strim...

KUALA LUMPUR - Hujung minggu lazimnya dihabiskan untuk bersantai dengan keluarga.Namun bagi Muhammad...

Ibu Tiru Anak Untuk...

SEORANG wanita yang mengalami kerosakan otak selepas melahirkan anak pada 2012, telah belajar untuk...

Peguam Bela Nafi Misil...

THE HAGUE, Belanda – Pasukan peguam Belanda mewakili suspek yang dituduh menembak jatuh...

Sebak Melihat Kaabah, Zizan Mengalirkan Air Mata

PELAKON dan pelawak Zizan Razak mengakui berasa bertuah dan tidak menyangka dirinya berpeluang menjejakkan kaki buat kali pertama di Makkah.

Dia juga berasa bersyukur kerana berpeluang merasai pengalaman berpuasa dan menyambut Aidilfitri di tanah sana untuk menunaikan umrah.

“Saya rasa bertuah kerana dapat berada di sana pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga satu Syawal. Saya ke sana dibawa oleh Adi Putra.

“Kali pertama melihat Kaabah di depan mata, saya mengalirkan air mata. Mendengar cerita orang tentang keindahan Kaabah dengan merasakan sendiri pengalaman tersebut mempunyai perbezaan yang besar.

“Di sana, saya juga terkenangkan kesusahan kehidupan yang dilalui dari kecil sehingga sekarang. Tiba-tiba ketika itu wujud perasaan rindukan keluarga saya terutamanya ibu bapa.

“Saya berasa begitu kerdil dan mahu berjasa dengan keluarga, negara dan agama,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.


Zizan juga mengakui dapat merasakan perubahan positif berlaku pada dirinya dan kini dia berasa lebih tenang dan lebih bersemangat untuk bekerja selepas pulang dari mengerjakan umrah.

Tambahnya, dia bukan bermegah tetapi hanya mahu berkogsi kisah pengalaman di tanah suci dan hanya ingin melihat lebih ramai umat Islam tergerak hati untuk menjejakkan kaki ke Makkah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori