Sebahagian Lorong Senawang-Pedas Linggi Arah Selatan Ditutup Sementara

SEREMBAN – Sebahagian lorong di laluan Senawang ke Pedas Linggi (arah selatan) antara Km251.60 dan Km247.60 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) ditutup sementara secara berperingkat bagi kerja-kerja penyelenggaran jalan.

PLUS dalam kenyataan di sini, hari ini berkata kerja-kerja penyelenggaraan itu akan bermula pada 9.00 malam sehingga 8.00 malam keesokannya pada tiga tempoh yang ditetapkan iaitu pada 7 hingga 8 Nov; 11 hingga 15 Nov; dan 21 hingga 22 Nov.

Pada 7 hingga 8 Nov, kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan Km249.3 hingga Km248.3, 11 hingga 15 Nov (Km249.7 hingga Km248.6) dan 21 hingga 22 Nov (Km249.3 hingga Km248.3).

“Walau bagaimanapun, kerja-kerja penyelenggaraan jalan di lokasi itu akan dihentikan sementara pada 2 hingga 6 Nov bagi memastikan perjalanan trafik lancar sempena perayaan Deepavali.

“Justeru itu, PLUS menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan itu supaya merancang perjalanan, mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan oleh pihak PLUS,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA