Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Akibat ‘Double-Park’ Dapat Banyak...

Parking oh parking!Percayalah, bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh masyarakat dunia amat benci...

Kebakaran Di Tawau…Ada Yang...

KEJADIAN kebakaran yang memusnahkan kira-kira 100 kediaman di di Kampung Tanjung Batu Laut...

Wan Mohammad Khair-il Pemimpin...

KUALA KANGSAR - Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan...

Akibat Cemburu, Mak Cik...

KINABATANGAN - Seorang wanita telah dikelar oleh ibu saudaranya sendiri dalam sebuah kejadian yang berlaku di...

Sebab Video Rohingya, Ratu Cantik Hilang Gelaran

PEMENANG Miss Grand Myanmar, Shwe Eain Si mendakwa beliau telah dilucutkan gelaran konon kerana video yang dirakamnya adalah berhubung keganasan yang berlangsung di Rakhine.

Shwe, 19, dikatakan telah memuat naik rakaman video berkenaan dalam talian pada minggu lalu dan menuduh militan Rohingya adalah pihak yang memanjangkan rusuhan berkenaan.

Menerusi rakaman itu, Shwe mendakwa pejuang pemisah Rohingya atau dikenali sebagai Arsa dan para penyokong yang mengendalikan kempen media cuba menampilkan diri supaya mereka dilihat sebagai mangsa yang ditindas.

Bagaimanapun, rakaman wanita tersebut tidak pula menyatakan mengenai siri serangan kejam tentera Burma terhadap minoriti Rohingya yang terpaksa melarikan diri ke Bangladesh ketika ini.

Susulan video itu menjadi tular, pihak penganjur pertandingan tersebut memaklumkan bahawa mereka telah melucutkan gelaran Shwe pada Ahad lalu.

Menurut mereka, wanita tersebut dikatakan telah melanggar peraturan kontrak serta tidak menunjukkan satu contoh yang baik tanpa mengaitkan dengan isu rakaman tersebut.

Namun, semalam bekas ratu cantik ini telah mengaitkan pelucutan gelaran itu konon disebabkan videonya dan meluahkan perkara itu menerusi satu kenyataan di laman Facebook.


“Ya, Shwe Eain Si merakamkan video mengenai keganasan oleh militan Arsa (Arakan Rohingya Salvation Army) di Rakhine tetapi ia bukannya satu kegagalan memaparkan contoh yang baik.

“Turut diwajibkan sebagai warganegara untuk menggunakan kemasyhuran untuk menyatakan kebenaran bagi negaranya,” dalihnya menerusi kenyataan tersebut.

Keganasan terbaharu di Rakhine dilapor bermula pada 25 Ogos lalu apabila militan Arsa didakwa menyerang pos kawalan sehingga mengakibatkan tindak balas daripada tentera Myanmar.

Sejak itu, lebih daripada 500,000 kaum Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh. – MYNEWSHUB.CC/Agensi

Kategori