Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tumpuan Kepada Adenan Cara...

KUCHING - Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri selepas Ketua Menteri Tan Sri...

Kerajaan Tanggung Bayaran Lesen...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan persendirian yang dimiliki orang...

Hentian Sebelah Nilai Arah...

SEREMBAN - Hentian sebelah Nilai arah Utara di Lebuhraya Utara Selatan di sini...

Najib Minta Rakyat Pastikan...

MELAKA - Rakyat perlu memastikan tiada penjajahan moden berlaku di Malaysia kerana mereka...

Sebab Najib Tidak Hadir Majlis Pertabalan Agong?

SEMALAM saya telah mendapat maklum bahawa Datuk Seri Najib tidak dapat hadir ke majlis Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah di Istana Negara.

Saya juga mendapat maklum bahawa sebabnya ialah kerana terdapat campurtangan daripada Pejabat Perdana Menteri tentang tempat duduk Dato’ Seri Najib di Istana Negara dan protokol pemakaian baju pada saat-saat akhir.

Dato’ Seri Najib telah menerima jemputan ke majlis Pertabalan tersebut sebagai bekas Perdana Menteri.

Oleh itu tempat duduk yang disediakan untuk beliau di Balairung Seri Istana Negara sehinggalah saat-saat akhir sebelum campur tangan Pejabat Perdana Menteri adalah di barisan hadapan sebaris atau berdekatan dengan Perdana Menteri seperti yang sepatutnya.

Namun pada saat-saat akhir, tempat duduk Dato’ Seri Najib telah diubah ke barisan belakang kerana diberitakan bahawa Perdana Menteri Dr. Mahathir tidak mahu duduk berdekatan dengan Dato’ Seri Najib.

Saya juga mendapat maklum bahawa sekiranya tempat duduk Dato’ Seri Najib tidak diubah, Perdana Menteri Dr. Mahathir mengugut tidak mahu hadir ke majlis Pertabalan tersebut.

Kedudukan yang baru ini memerlukan Dato’ Seri Najib menukar pakaian kepada pakaian Datuk Shahbandar Pahang mengikut protokol, yang mana pada saat-saat akhir adalah tidak munasabah untuk menyempatkan beliau hadir ke Istana Negara pada masa yang ditetapkan.

Kerana menghormati protokol yang telah diubah pada saat-saat akhir oleh sebab campurtangan oleh Pejabat Perdana Menteri di atas, Dato’ Seri Najib telah tidak dapat hadir ke majlis Pertabalan tersebut.

Dr.Mahathir tidak mahu Najib datang ke majlis Pertabalan Agong sebab dia irihati bahawa Najib lebih popular daripadanya.

Kejadian di atas tidak sepatutnya berlaku.

Perdana Menteri dan pegawai-pegawainya perlu profesional dan tidak bertindak mengikut emosi atau berdasarkan kebencian dalam hal ini.


Ini adalah kerana majlis Pertabalan DYMM SPB YDP Agong adalah suatu majlis yang melangkau politik.

Oleh itu sepatutnya pihak-pihak tertentu yang terbabit yang telah menukar kedudukan kerusi Dato’ Seri Najib tersebut perlu mengenepikan soal politik di majlis itu.

Apabila mereka berbuat begini kepada Dato’ Seri Najib iaitu salah seorang sahabat karib YDP Agong dan mereka (Mahathir) mengugut pula tidak mahu hadir, ini menunjukkan mereka bertindak mengikut kepentingan diri sendiri melebihi kepentingan YDP Agong.

Tindakan mereka ini seolah-olah tidak menghormati YDP Agong di majlis pertabalan baginda.

Ia bukan sahaja suatu penghinaan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato’ Seri Najib, tetapi juga suatu penghinaan kepada institusi Yang diPertuan Agong dan Istana Negara.

Selepas ini tentunya Dr. Mahathir dan pegawai-pegawainya di Pejabat Perdana Menteri akan menafikan perkara ini seperti mana mereka menafikan banyak perkara sebelum ini.

Namun Allah SWT maha mengetahui perkara yang sebenar walaupun ada makhlukNya yang kerap menipu manusia yang lain.

Isham Jalil

Presiden Sukarelawan Malaysia

Kategori