Sebab Kit Siang Terus Serang Najib

KENAPA Ahli Parlimen Iskandar Puteri (dulu dikenali Gelang Patah) yang juga pemimpin DAP Lim Kit Siang terus mengkritik dan cuba membunuh karekter bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak?

“Saya tidak faham obsesi Kit Siang terhadap saya sehingga beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan setiap hari untuk menyerang saya secara peribadi walaupun saya tidak lagi menjawat jawatan perdana menteri mahupun Presiden Umno.

“Tetapi kenyataan Kit Siang hari ini tentang saya iaitu beliau menyamakan Islam secara kleptokrasi jika BN menang PRK Sungai Kandis adalah melampui batas,” tulis Najib.

Sebabnya ialah bekas perdana menteri itu kini memainkan peranan yang efektif sebagai ahli Parlimen pembangkang dalam Dewan Rakyat.

Najib tidak berundur dan beransur lemah, tetapi telah berhujah dengan rasional mengemukakan pandangan dan data-data yang jelas tentang pembangunan negara yang dimanipulasi kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau telah mengemukakan penjelasan yang sukar dijawab oleh PH dalam hal ECRL, HSR, GST, hutang negara, aset kerajaan dan pelbagai isu lain yang diulas dengan cara tidak jujur.

Taktik kotor yang digunakan oleh Kit Siang ialah terus memburukkan Najib, sebagai cubaan membunuh karekter bekas perdana menteri itu agar segala pandangannya tidak dipercayai.

Ini amat jelas kerana Kit Siang menyerang Najib dengan lebih hebat selepas sidang Parlimen bermula dan Najib sudah mula mengemukakan jawapan kepada manipulasi dan penipuan kerajaan PH.

Oleh kerana gagal menjawab apa yang dikemukakan oleh Najib, Kit Siang berusaha memburukkan Najib sepenuhnya, dan lebih teruk lagi mengaitkan sekali agama Islam.

Dalam masa yang sama, kerajaan PH juga semakin teruk diserang dari kiri dan kanan berhubung bemacam-macam isu kelemahan sendiri daripada kelemahan menteri kewangan hingga kenyataan provokasi menteri-menteri PH terutama dari DAP.

Kit Siang melihat apa potensi Melayu bersatu disebabkan dominasi DAP dalam kerajaan baharu yang menyentuh sensitiviti dan mencabar kedudukan Islam dan Melayu.

Maka beliau terus memburukkan pemimpin Melayu yang bersuara mengkritik PH dan mengaitkan Islam sekali dalam kecamannya terhadap Najib.

Sudah tentu Kit Siang mengharapkan agar kelemahan dan kenyataan rasis menteri DAP tenggelam apabila kelemahan Najib dan kerajaan sebelum ini diulang tayang lagi.

Modal utama Kit Siang dan DAP ialah memburukkan kerajaan BN dan dia meneruskan kempen memburukkan Najib supaya bekas perdana menteri itu tidak mendapat simpati dan tumpuan pada kelemahan DAP dan PH dapat dialihkan. – Mynewshub.tv