Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

600,000 Isi Rumah M40...

KUALA LUMPUR - Pendapatan purata kasar bulanan isi rumah menurun 10.3 peratus daripada...

Johor Pertimbang Guna Insinerator...

KOTA ISKANDAR - Kerajaan negeri akan berbincang dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal bagi...

MA63: Kedudukan Sabah, Sarawak...

KUALA LUMPUR - Pindaan Fasal (2) Perkara 1 dalam Perlembagaan Persekutuan akan meletakkan...

Nyanyian Ke ‘Laut’, Syamel...

PENYANYI Syamel memberitahu dia tidak menyalahkan penonton Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) yang...

Sayur & Buah Ini Buatkan Kentut Anda Lebih Berbau

RAMAI dalam kalangan kita yang berusaha untuk mengamalkan pemakanan seimbang demi menjaga kesihatan, iaitu dengan memakan sayur-sayuran serta buah-buahan.

Ini kerana buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan khasiat yang diperlukan setiap sel tubuh untuk berfungsi dengan dengan baik.

Namun, buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi beberapa khasiat termasuk oligosakarida, serat larut dan gula alami, seperti fruktosa, yang dapat menyebabkan gas berlebihan di dalam usus.

Jadi, kalau anda takut usus anda akan menggelodak dengan gas yang dikenali sebagai ‘kentut’ lebih-lebih lagi ketika berada di tempat awam, anda mungkin perlu beri perhatian kepada makanan-makanan ini.

Kami senaraikan kembali seperti yang dipetik dari laman medicadaily.com:

1. LOBAK MERAH

Lobak merah adalah sayur yang mengandungi banyak vitamin dan mineral.

Secawan lobak merah mentah mengandungi sekitar 12 gram karbohidrat dan empat gram serat.

Oleh kerana lobak merah tinggi dengan kandungan serat, maka pemakanan lobak merah dalam jumlah yang banyak akan menyebabkan gas akibat reaksi bakteria dalam usus untuk mencerna serat tersebut.

2. SAYURAN ‘CRUCIFEROUS’

Contoh sayur-sayuran cruciferous seperti kale, kubis bunga atau brokoli mengandungi vitamin C dan serat yang sangat baik.

Ia juga mengandungi gula kompleks seperti rafinose yang menyukarkan pencernaan bagi mereka yang memiliki perut sensitif.

Akibatnya pemakanan berlebihan sayur-sayuran cruciferous tidak hanya menyebabkan perut kembung namun ia juga menghasilkan kentut yang berbau busuk.

3. EPAL


Epal adalah buah yang tinggi dengan kandungan zat antioksidan.

Epal juga sarat dengan fruktosa atau gula buah yang apabila tidak dicerna dengan baik, akan menghasilkan gas metana dan hidrogen yang membuat perut kembung, kejang, cirit-birit, mulut berbau dan kentut dengan aroma yang tidak enak.

4. BERI HITAM

Beri hitam kaya akan zat antioksidan dan poliol, zat yang mirip dengan gula buah.

Poliol memakan masa yang lama untuk dicerna dan diserap usus halus.

Poliol yang yang sukar dicerna akan menarik air ke dalam usus besar dan usus kecil yang kemudian disimpan oleh bakteria usus dan menyebabkan penghasilan gas berlebihan.

5. MANGGA

Mangga mengandungi lebih banyak fruktosa daripada glukosa.

Fruktosa lebih sulit untuk diserap tubuh dan menyebabkan ketidakseimbangan dan membuatkan perut kembung dan mengeluarkan kentut yang berbau.

Meskipun sihat, sayur-sayuran dan buah-buahan tetap perlu dimakan secara seimbang agar tidak membahayakan kesihatan pencernaan dan menghasilkan kentut yang bau. – MYNEWSHUB.CC

Kategori