Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Seorang Mangsa Culik Abu...

LAHAD DATU - Seorang nelayan warga Indonesia dikenali sebagai Laa Baa yang diculik...

Sambutan JDT Juara Liga...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan mengadakan majlis sambutan bagi...

Malaysia Negara Ke-8 Paling...

KERAJAAN Malaysia banyak membazir? Perbelanjaan kerajaan banyak yang tidak efisyen? Billion-billion Ringgit duit rakyat...

Pemandu Uber Jumpa Bayi...

SUBANG JAYA - Seorang pemandu Uber terkejut apabila mendengar tangisan bayi selepas menurunkan...

Saya Tidak Mahu Jadi Puan Kleptokrat

KUALA LUMPUR – “Berhenti emel saya untuk minta kontrak.” Demikian nada tegas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Ia cukup jelas mencerminkan bahawa etika tadbir urus kerajaan ketika ini lebih telus, tanpa mengamalkan sebarang sikap ‘pilih kasih’ atau pernah dikatakan sebelum ini sebagai amalan kleptokrasi.

Sambil melampirkan beberapa salinan e-mel dan surat rasmi ke pejabatnya, Nie Ching menegaskan, kaedah ‘memancing’ sokongan bagi memastikan syarikat tertentu diberikan tender perkhidmatan dalam kerajaan tidak akan dilayan.

“Sebab saya tidak boleh buat demikian,” katanya menerusi catatan di akaun Facebook rasminya, hari ini.

Penegasan berhubung isu itu antara lain menyaksikan lampiran surat yang meminta sokongan, difailkan syarikat tanpa namanya didedahkan, bagi memperoleh tender membekal makanan dimasak ke asrama di Kelantan.

Selain mendakwa mempunyai pengalaman dalam mengendalikan operasi sedemikian bersandarkan rekod perkhidmatan, syarikat yang mengutuskan surat rasmi bertarikh 30 November lalu itu berjanji akan melaksanakan kerja berkenaan sebaik mungkin, selaras panduan dan aturan ditetapkan kementerian.


Bukti berhubung isu sama turut menyaksikan pengirim e-mel yang meminta sokongan bagi memperoleh tender, ‘memetik’ perakuan daripada beberapa agensi kerajaan dan institusi diraja.

Nie Ching berkata, sebarang tindakan meminta surat sokongan bagi memperoleh tender, membabitkan mana-mana rantaian perbekalan awam perlu dihentikan kerana kementerian tidak akan melayan permintaan sedemikian.

“Kami benci Jho Low dan saya tidak mahu menjadi Puan Kleptokrat. Bukankah anda mengundi Pakatan Harapan (PH) kerana menuntut kerajaan yang bersih?” katanya merujuk kepada ahli perniagaan kontroversi yang terbabit dalam skandal penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho. – BH Online

Kategori