Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Unsur Sabotaj Cetus Kebakaran...

KUALA LUMPUR - Jabatan bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak mengesan unsur sabotaj dalam...

Bekas Pegawai Polis Dipenjara...

SHAH ALAM - Seorang bekas pegawai polis dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh...

Sidang Dewan Negara Diawal,...

PANAS... Persidangan Dewan Negara yang dijadualkan bermula 16 April dan berakhir 30 April...

PDRM Terus Komited Turunkan...

MELAKA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus komited untuk menurunkan lagi kadar jenayah...

‘Saya Tidak Kisah Jadi Pembangkang’- Isa Samad

PORT DICKSON – Bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata beliau tidak kisah sekiranya bergelar anggota Parlimen pembangkang sekiranya menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, di sini.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu berkata meskipun menjadi pembangkang, namun beliau tidak akan berdiam diri dalam memperjuangkan kepentingan rakyat di kawasan itu.

“Pengalaman saya sebagai bekas wakil rakyat lebih 40 tahun, saya lebih memahami kehendak dan keperluan penduduk di Port Dickson. Saya juga mempunyai hubungan yang lebih akrab dengan penduduk tempatan dan saya yakin mereka masih memberi sokongan kepada saya, walaupun saya kini calon Bebas.

“Tahulah saya mainkan peranan saya sebagai wakil rakyat (sekiranya menang) demi kepentingan penduduk Port Dickson dan pembangunan masa depan di Port Dickson,” katanya kepada pemberita semasa berkempen dari rumah ke rumah di sekitar rumah rakyat Pekan Lukut di sini, hari ini.

Mohd Isa yang juga bekas pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) adalah seorang daripada lima calon Bebas yang bertanding pada PRK Parlimen Port Dickson.

PRK Parlimen Port Dickson yang menyaksikan pertandingan tujuh penjuru itu turut disertai Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan empat calon Bebas termasuk bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.


Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 Okt ini sebagai hari pengundian dan Selasa depan sebagai hari pengundian awal. – BERNAMA

Kategori