Sambil menegaskan menghormati pandangan ketua bahagian terbabit, Ahli Parlimen Muar ini berkata, beliau tidak gentar dengan usaha tersebut kerana sebab utama dirinya menyertai politik ialah untuk melakukan pembersihan.

“Walau apa pun terjadi pada karier politik saya, pendirian (saya) tegas dan prinsip tetap harus dijulang.

“Tiada gunanya masuk dan menjawat jawatan yang tinggi tetapi akhirnya melupakan asal perjuangan yang menyebabkan saya menyertai dunia politik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan Stadium Hoki Nasional di Bukit Jalil yang mengalami kerosakan padang, dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE