Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

IPT Disaran Jalin Kerjasama...

PUTRAJAYA - Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disaran menjalin kerjasama dengan politeknik terutama dalam...

Ola Bola Terus Cemerlang,...

FILEM bertemakan sukan bola sepak, Ola Bola terus mencatat angka kutipan yang sangat...

Kabel Telefon Untuk ‘Menggaru’...

BEIJING - Doktor di China mengeluarkan kabel telefon sepanjang 0.9 meter dari zakar...

Sultan Selangor Titah Rakyat...

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya semua pihak...

“Saya Tidak Campuri Urusan PKR” – Mahathir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencampuri urusan dalaman PKR.

Mahathir sekali gus menolak dakwaan beliau dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempunyai perancangan untuk menjatuhkan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pernahkah anda lihat yang bercakap buruk tentang Anwar atau Azmin atau orang lain? Ini parti mereka. Saya tak campur tangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pakatan Harapan di sini hari ini.

Dalam rakaman audio yang tular di media sosial itu hari ini, suara yang didakwa milik Anwar dalam rakaman itu mengutuk keras hubungan baik antara Azmin dan Mahathir.

Dalam rakaman itu, individu berkenaan turut mempersoalkan tindakan melantik Perdana Menteri sebagai pengerusi Khazanah Nasional Bhd. yang baharu.


Dalam perkembangan sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar ketika ditemui pemberita menafikan suara dalam rakaman audio itu milik suaminya.

“Itu tidak, memang tak betul… Saya ada tanya dia, sudah pasti bukan suara suami saya,” katanya. – BERNAMA

Kategori