Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bayi 18 Bulan Diculik...

NEW DELHI - Seorang ibu mengalami kejutan yang amat sangat apabila bayinya yang...

Ski Malaysia Komited Beraksi...

PERNAHKAH anda terbayang atlet negara beraksi dalam acara luncur salji di Sukan Olimpik...

MH17 : Pengalaman Yang...

SEPANG - Petugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pulang ke tanah air...

Anak Dera Ibu Bapa...

SEPASANG warga emas dilihat mengambil giliran untuk mengawasi ruang letak kereta di jalan...

“Saya Terima Dengan Reda” – MB Perak

IPOH – “Saya terima keputusan ini dengan penuh reda,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas usul undi percaya terhadapnya ditolak majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ketika Sidang DUN Perak hari ini.

Menurutnya, memandangkan masalah dalam kalangan rakyat yang sedang berdepan pandemik Covid-19, beliau tidak berhasrat untuk memanjang masalah politik ini daripada berterusan.

Beliau memberi jaminan agar transisi kerajaan baharu akan berjalan dengan penuh berhemah.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua rakan seperjuangan di dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang bersama saya di dalam kerajaan.

“Begitu juga ahli-ahli Exco kerajaan Perak sedia ada yang membantu saya,” katanya ketika menyampaikan ucapan di dalam DUN Perak selepas undi percaya ke atas beliau gagal mendapat majoriti.


Terdahulu, undi percaya terhadap Menteri Besar Perak itu dibuat secara belah bahagi yang menyaksikan 10 undi menyokong, 48 undi menolak manakala satu undi rosak.

Usul tersebut dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Datuk Abd Manaf Hashim dan dibenarkan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid untuk dibentang serta dibahaskan. – Sinar Harian

Kategori