Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Menjelang Pilihan Raya, Barat...

KUASA Barat terdiri daripada Amerika Syarikat (AS) dan sekutu di Eropah menggiatkan kempen...

Mirazur Restoran Terbaik Dunia

PARIS – Mirazur yang berpangkalan di Perancis dinobatkan sebagai restoran terbaik dunia. Restoran di...

Baju Mandi Daripada Beg...

KALAU dilihat trend yang pelik di kalangan anak muda di Taiwan atau sekutunya...

Bakar Kereta Ferrari Hanya...

Jerman – Hanya kerana mahukan model Ferrari yang lain, seorang lelaki yang juga...

‘Saya Tak Sengaja, Jangan Ambil Kesempatan Aibkan Kami’

KUALA LUMPUR: Pelakon dan juga pengacara, Nabil Ahmad mengakui, rakaman video yang mencetuskan kontroversi membabitkan isterinya, Nazirah Ayub, baru-baru ini, berlaku tanpa disengajakan.

Nabil, 35, berkata, insiden itu berlaku ketika dia sedang membuat video secara langsung untuk mempromosikan sebuah produk menerusi Instagram.

“Ketika membuat rakaman, tanpa disangka isteri yang sedang berkemban melintas di belakang. Perkara itu hanya disedari selepas rakaman tamat.

“Isteri juga menerima pelbagai mesej pengikut di laman sosial yang menyuruh saya memadamkan video itu. Apa yang berlaku mengajar saya supaya lebih berhati-hati ketika membuat rakaman video secara langsung,” katanya.

Nabil yang ditemui pada majlis pelancaran single sulungnya, Pening dan perlantikannya sebagai Duta Uphamol berkata, dia terkilan apabila ada pengguna laman sosial mengambil kesempatan menyebarkan rakaman itu.

Pemilik nama lengkap, Ahmad Nabil Ahmad, 35, itu berkata, lebih membuatkan dia terkilan apabila pemilik akaun terbabit hanya memberikan jawapan sinis apabila ditanya alasan memuat naik rakaman mengaibkan itu.

“Dia memberikan jawapan, ia sekadar hiburan. Namun, saya difahamkan video itu sudah dipadam atas desakan pelbagai pihak. Dalam hal ini, ia terletak pada budi bicara individu itu.


“Dia juga mempunyai ahli keluarga perempuan, bayangkan jika perkara itu berlaku kepada mereka. Apa perasaannya?”, luah Nabil kesal.

Sementara itu, mengulas keputusannya menceburi bidang nyanyian, pengacara program MeleTOP itu berkata, dia memang serius memulakan langkah dalam bidang suara.

Malah, dia menjadikan pengacara dan pelawak, Salih Yaacob serta Allahyarham Mr Os sebagai sebagai inspirasi dalam bidang itu.

“Saya masuk dalam bidang ini bukan untuk suka-suka. Saya mahu dikenali sebagai penyanyi lagu komedi, tetapi dalam versi hip-hop,” kata Nabil.

Pening dicipta oleh DJ Fuzz, manakala lirik pula ditulis Nabil bersama Waris. Nabil juga merancang untuk muncul dengan single kedua, tidak lama lagi.

Kategori