Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penyeludup Mati, 15 Juta...

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand menembak mati seorang penyeludup dadah dan merampas 15...

Loji Proses Ayam Di...

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan semua loji memproses ayam di Thailand...

Babi Ternak Australia Paling...

SYDNEY — Seekor babi betina berusia 13 bulan di Lembah Derwent, Tasmania, Australia ini...

‘Nurul Nizam’ Ditahan, Ugut...

Johor Bahru - Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...

“Saya Tak Pernah Lari Daripada Bayar Cukai” – Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak pernah gagal membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun.

Menurutnya, afidavit kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri telah membuktikan pembayaran cukainya itu.

“Saya tegaskan sekali lagi bahawa afidavit kerajaan PH sendiri telah membuktikan bahawa saya telah melapor dan membayar cukai LHDN setiap tahun tanpa gagal.

“Oleh itu, saya tak pernah lari daripada membayar cukai,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Najib berkata, cukai berkenaan dikenakan ke atas apa yang beliau terima melalui akaun bank.

“Saya terima daripada derma dan sumbangan luar negara dalam akaun saya termasuk sumbangan daripada Menteri Kewangan Arab Saudi dan Putera Arab yang telah disahkan oleh pegawai bank dalam perbicaraan kes SRC (SRC International Sdn. Bhd.),” katanya. – Sinar Harian

Kategori