Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Khalid Sertai 3 Bekas...

KALAU seorang sahaja datang 'gempur' mungkin lebih mudah bagi Menteri Besar Selangor, Datuk...

Bajet 2017: DBKL Peruntuk...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM2.871 bilion diperuntukkan dalam Bajet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

Bapa Maut Dihentak TV,...

SEORANG warga emas yang parah selepas kepalanya terkoyak akibat dihentak televisyen dan meja kecil...

‘Mykira GST’ Permudah Semak...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini melancarkan...

“Tak Pernah Keluar UMNO, Itu Propaganda Tun M”

CALON Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menolak dakwaan ramai bahawa beliau konon meninggalkan parti itu sebelum ini apabila menegaskan tidak pernah berbuat demikian.

Justeru, Tengku Razaleigh atau lebih mesra dikenali sebagai Ku Li berkata, tiada pihak patut mempertikaikan kesetiaannya kepada parti berkenaan selama ini.

Jelasnya, dakwaan bahawa beliau suatu ketika dahulu meninggalkan UMNO untuk membentuk Parti Semangat 46 hanyalah merupakan propaganda Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mengimbau kembali isu itu, Tengku Razaleigh berkata, apa yang berlaku adalah Mahathir enggan menerimanya semula untuk menyertai UMNO baharu apabila UMNO lama diharamkan pada 1988.

“Apabila UMNO dah haram pada waktu itu, kita tak ada parti. Jadi, kita perlukan sebuah parti dan apabila UMNO baharu ditubuhkan Tun M (Mahathir), saya nak masuk tetapi beliau tidak benarkan.

“Beliau kata saya perosak…bukan saya sahaja, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Musa Hitam dan panjang lagi senarainya yang mahu menyertai UMNO baharu itu, tetapi Tun M tidak benarkan.

“Jadi, jika ada orang kata Ku Li tinggalkan UMNO dan menyertai Semangat 46, itu tidak betul kerana ia adalah propaganda Tun M,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian ketia menyampaikan ucaptama pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor, di Johor Bahru, semalam.


Antara yang turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Pembangkang Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Md. Jais Sarday.

Tambahnya, apabila tidak diterima untuk menyertai UMNO baharu, Tunku Abdul Rahman menasihatkan supaya parti Semangat 46 ditubuhkan sementara menunggu Mahathir ‘sejuk’ dan menerima mereka semula.

Parti Melayu Semangat 46 merupakan parti politik serpihan UMNO dan ditubuhkan pada tahun 1988 selepas kekalahan Tengku Razaleigh menentang Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO pada 1987.

Parti Semangat 46 kemudiannya dibubarkan pada tahun 1996 yang menyaksikan ahlinya termasuk Tengku Razaleigh menyertai semula UMNO baharu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori