Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Indonesia Didakwa Bunuh...

Seorang lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas...

Pandu Ke Hospital Selepas...

Kapar - Dua lelaki cedera ditembak seorang lelaki bertopeng sempat memandu kereta ke...

Kerana Kuat Merokok, Fadlan...

MEROKOK semestinya diketahui sebagai satu tabiat yang membahayakan dan ia juga menyebabkan banyak...

“Bukan Senang Nak Bersihkan...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia Cawangan Utusan Melayu berdiri...

Saya Tak Nyata Sebarang Tarikh Pilihan Raya

WISMAR (Jerman) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjelaskan salah lapor sebuah agensi berita asing mengenai komennya berhubung mengadakan pilihan raya.

“Saya tidak mengatakan bahawa pilihan raya akan berlangsung pada 2018. Apa yang saya katakan adalah bahawa pilihan raya tidak dijadual sehingga 2018.

“Tetapi tarikh pilihan raya tidak bergantung kepada faktor tunggal. Ia bergantung kepada beberapa faktor.

“Saya tidak menyatakan dengan pasti untuk pilihan raya pada 2018 atau saya tidak menyatakan kesanggupan untuk pilihan raya awal,” katanya kepada media Malaysia pada hari terakhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Jerman.

Agensi berita Reuters telah memetik Najib, yang juga Menteri Kewangan, sebagai berkata bahawa pilihan raya tidak akan diadakan sebelum 2018.

Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya turut membuat penjelasan terhadap laporan berita bahawa konon Najib tidak bersetuju diadakan pilihan raya lebih awal sebelum tarikh akhir 2018.

Perdana menteri yang sedang dalam rangka lawatan di Berlin, memberikan respons demikian kepada satu soalan sama ada pilihan raya awal akan diadakan di Malaysia berikutan isu yang menyelubungi 1Malaysia Development Bhd.

“Ia mesti diramalkan berasaskan bahawa kami mempunyai dasar-dasar baik di Malaysia. Kami berkhidmat untuk manfaat rakyat dan kami adalah kerajaan terbaik untuk memimpin Malaysia menuju masa depan.


“Kami mempunyai rekod kukuh dan kami akan terus memberitahu rakyat Malaysia bahawa kerajaan kami masih merupakan pilihan terbaik,” kata Najib, menurut PMO.

PMO memberikan penjelasan terhadap laporan berita oleh Reuters dan The Malay Mail berhubung kenyataan Najib berkaitan isu sama ada pilihan raya umum akan diadakan lebih awal.

Perdana menteri sedang melakukan lawatan kerja di Jerman sejak Isnin lepas.

Kelmarin Reuters melaporkan bahawa Najib tidak bersetuju untuk pilihan raya diadakan lebih awal sebelum tarikh akhir 2018, dan telah berkata bahawa keputusan seumpama itu tidak sepatutnya dibuat berdasarkan pada ‘mana-mana faktor tunggal’.

“Kami bergantung kepada rekod kami. Kami mempunyai rekod kukuh dan akan terus memberitahu rakyat Malaysia bahawa kerajaan kami masih merupakan pilihan terbaik,” Najib dipetik sebagai berkata demikian oleh Reuters. – Agensi/Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori