Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Rusia Undur Tentera Dari...

MOSCOW : Rusia mula mengundurkan pasukan tenteranya dari Kyiv selepas mengumumkan akan ‘mengurangkan...

Semua Pasar Raya Perlu...

KEMAMAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menemui semua pemilik pasar...

Nelayan Rogol Anak Sendiri...

KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan yang bertindak di luar kewarasan dengan merogol anak...

Kerajaan Putuskan Tiada Keperluan...

PARLIMEN | Kerajaan berpendapat tidak ada keperluan untuk menggantikan Azam Baki selepas pegawai...

“Saya Tak Nak Buka Aib Seperti Dia Aibkan Saya”

PELAKON Lufya Omar enggan mendedahkan nama artis veteran yang bersikap biadab mempersendakan tubuh badannya pada majlis yang dihadiri baru-baru ini.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, berkata dia tidak mahu membuka aib seperti mana yang dilakukan wanita tersebut.

“Saya masih tetap dengan pendirian saya iaitu tidak mahu mendedahkan nama artis veteran yang bersikap biadap menegur bentuk badan saya secara umum.

“Sebab saya tak nak mengaibkan dia seperti mana dia mengaibkan saya di sebuah majlis baru-baru ini,” katanya kepada mStar Online.

Lufya diminta mengulas mengenai sebuah laporan portal hiburan yang mengatakan dia tergores dengan kata-kata artis tersebut yang seakan-akan sengaja ingin memalukannya di hadapan orang.

Lufya berang dengan seorang artis veteran yang menegur bentuk badannya selepas bersalin.

Tambah Lufya, dia terkejut dengan teguran tersebut memandangkan wanita itu pernah kurus ketika dahulu dan kini mempunyai badan yang berisi.

Katanya, dia tidak kisah sekiranya individu itu mahu menyapanya namun perlu ada cara dan adab yang betul.

“Saya terkejut juga dengan apa yang dikatakan wanita itu. Sebab setahu saya, masa dia muda badan dia langsing tapi sekarang dah berisi.

“Jadi, kenapa dia perlu mempersendakan bentuk badan orang lain sedangkan dia juga sama. Saya tidak kisah jika dia mahu menyapa saya tanpa biarlah ada cara.

“Sepatutnya dia yang lebih berusia daripada saya, kenalah beri kata-kata motivasi atau inspirasi,” ujarnya.


Lufya berusaha untuk dapatkan bentuk badan yang ideal.

Dalam pada itu, Lufya kini lebih berkeyakinan untuk membuat kemunculan semula dalam mana-mana drama memandangkan dia sudah mendapat berat badan yang ideal.

“Sebelum ini mungkin saya rasa belum bersedia nak kembali berlakon sebab badan saya lebih berisi selepas bersalin ini.

“Tapi alhamdulillah selepas berjaya menurunkan berat badan ini, saya rasa berkeyakinan untuk berlakon semula.

“Jadi, saya sudah bersedia untuk menerima sebarang tawaran untuk berlakon,” katanya.

Lufya melahirkan bayi perempuan sulung bernama Laana Haura pada 12 November 2017. – mStar Online

Kategori