Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kripto Tidak Diiktiraf Mata...

KUALA LUMPUR : Kripto tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah diperlakukan di...

Gelombang Putih Banjiri KL...

MERIAH... Buat julung kali dalam sejarah, pagi Sabtu yang lazimnya tenang bertukar meriah...

Maut Ditetak 10 Lelaki...

Puchong - Lelaki berusia 40 tahun maut selepas ditetak sekumpulan lelaki di restoran...

Tukang Cat Dipenjara 6...

KUALA LUMPUR - Seorang tukang cat kereta dihukum penjara enam tahun selepas mengaku...

“Saya Saksikan Agong, Sultan Dihina Pemimpin PH”

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan (GerakPadu), Datuk Mohd Razlan Rafii mendakwa beliau menjadi saksi bagaimana Raja-Raja Melayu dihina oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalam sebuah forum di sini, Sabtu lalu.

“Saya berada dalam Forum Awam dan Statut Rom pada Sabtu lepas, saya saksikan sendiri bagaimana Agong dan sultan kita dihina oleh pemimpin-pemimpin PH.

“Sebab itu saya jalan (ceramah) satu Malaysia sebab nak beri penerangan betapa bahayanya Statut Rom ini yang akhirnya akan mengheret sultan-sultan kita, pemimpin-pemimpin kita dengan tidak adil.

“Saya seru agar semua bantah Statut Rom,” katanya berucap pada Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam (405) di pekarangan Sogo, di sini.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi; Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya; Pengerusi Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan (GerakPadu), Datuk Mohd Razlan Rafii dan Pengarah Himpunan 405, Kamaruzaman Mohamad.

Pada 27 April lalu, suasana di Auditorium Tun Mohamed Suffian, UM di sini menjadi tegang seketika pada sesi soal jawab forum apabila ahli politik veteran, Syed Husin Ali mendakwa golongan Raja-Raja Melayu telah merompak wang rakyat.


Ucapan bekas Timbalan Presiden PKR itu mendapat tepukan dan sorakan daripada para hadirin yang seolah-olah bersetuju dengan dakwaan tersebut.

Razlan juga mendakwa Forum Statut Rom itu antara gerakan halus yang sedang digerakkan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas dan pemimpin liberal untuk memastikan rakyat menerima perjanjian itu.

“Hari ini Tommy Thomas, Prof. Emeritus Dr. Shad Saleem Faruqi dan semua yang berfikiran liberal bergerak satu Malaysia beri penerangan agar rakyat Malaysia boleh terima Statut Rom,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Kategori