Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penumpang MH370 Diisytiharkan Meninggal...

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Dewan Serbaguna DCA,Putrajaya, lewat petang tadi,...

Kerajaan Masih Perlu Tampung...

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih perlu menampung kekurangan keperluan dana berjumlah RM17 bilion bagi...

Tuanku Zara Berkenan Lawat...

HUTAN MELINTANG - Raja Permaisuri Perak Tuan Zara Salim hari ini berkenan melawat...

Netizen Puji Remaja Cina...

SUBANG JAYA - Tindakan murni seorang remaja berbangsa Cina yang memimpin seorang lelaki tua untuk...

“Saya Rela Jadi ‘Umpan’ DAP Tarik Undi Melayu!”

TERBONGKAR… Sebelum ini Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan nada bangga pernah mendakwa dirinya konon merupakan Top Dog atau pemimpin tertinggi dalam hierarki Pakatan Harapan (PH).

Ramai pemerhati politik tempatan meragui perkara tersebut kerana semua maklum bahawa blok pembangkang itu diwujudkan DAP setelah berjaya membubarkan Pakatan Rakyat pada 2015 demi ‘menyingirkan’ sekutunya, PAS.

Namun satu demi satu insiden tidak disengajakan membongkar siapa sebenarnya Top Dog terutama isu agihan kerusi menyaksikan DAP ‘gembira’ dapat banyak kawasan selamat untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Lebih memalukan penyokong tegar PH terutama Melayu apabila segala keputusan besar perlu terima ‘restu’ DAP terlebih dahulu manakala Mahathir waima beliau ialah pengerusi pakatan itu pula terpaksa akur tanpa banyak soal.

PPBM yang sehingga kini belum disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di samping PKR dan serpihan PAS iaitu PAN cuma layak menjadi boneka konon PH lebih baik daripada Barisan Nasional yang teguh diterajui oleh UMNO.

Terbaharu hari ini Mahathir yang sudah berusia 92 tahun itu akhirnya mengakui pencalonan beliau sebagai perdana menteri sementara jika PH menang PRU ke-14, sebenarnya sebagai umpan untuk tarik sokongan pengundi Melayu.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bahkan memberitahu bahawa pemilihan beliau juga kerana banyak pihak sukar percaya kepada pakatan berkenaan dan memerlukan ‘khidmat’ dirinya untuk meraih sokongan.

“Kalau saya jadi umpan untuk tarik Melayu sokong pakatan, saya rela jadi umpan. Kalau hendak saya pegang jadi Perdana Menteri (ketujuh), saya sedia pegang la (jawatan sementara tersebut),” kata Mahathir dengan penuh yakin.


Beliau dipetik media tempatan sebagai ‘terlepas cakap’ perkara itu ketika berucap pada Majlis Kenduri dan Doa Selamat bersama Pengerusi PPBM di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampung Baru di ibu kota lewat Jumaat.

Pengakuan bersahaja Mahathir yang pernah dikutuk pembangkang sebagai diktator Mahafiraun itu, ternyata amat memeranjatkan hadirin dan membuktikan beliau tergamak mengamalkan prinsip matlamat menghalalkan cara!

Untuk rekod, Mahathir dahulu pernah mengecam DAP sebagai rasis cauvinis, bahkan perlembagaan parti itu sendiri dengan terang mahu menghapuskan segala hak istimewa Melayu yang dilindungi Parlimen sejak negara merdeka.

DAP juga diketahui pernah berhasrat membuka Kedutaan Israel di Kuala Lumpur dan sehingga kini enggan saman bekas tokoh Melayu parti itu yang mendakwa ia menerima dana RM1.2 bilion dari Zionis bagi ‘guling’ BN pada PRU.

Malahan di Pulau Pinang yang dikuasai DAP selain Selangor, banyak tindakan parti tersebut jelas meminggirkan masyarakat Melayu dan syiar Islam menerusi pelbagai dasar oleh kerajaan negeri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori