Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sukan SEA Di Singapura...

SEREMBAN - Penyertaan Malaysia pada Sukan SEA di Singapura Jun depan adalah lebih...

RoS Setuju Dengan Pelantikan...

KEPALA BATAS - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bersetuju dengan pelantikan sebuah badan bebas...

Pengedar Dadah Ditahan Polis...

SEREMBAN – Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditahan buat kali ke-15 dalam serbuan...

Cadangan Merotan Jadi Kesalahan...

KUALA LUMPUR - Cadangan menjadikan kesalahan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah dalam...

“Saya Rasa Lebih Sihat” – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau merasa lebih sihat meskipun masih perlu menjalani rawatan kimoterapi.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, beliau akan menjalani peringkat kedua kimoterapi pada 1 Oktober.

“Saya di sini hari ini untuk menunjukkan kepada anda semua bahawa saya masih bernyawa. Kimo memang meletihkan tetapi saya dapat lalui dengan baik, Saya rasa bertambah baik dari hari ke hari.

“Saya menghadiri mesyuarat Kabinet semalam dan tentunya saya tidak mahu duduk sahaja di rumah dan saya mahu buat sesuatu. Saya mengadakan mesyuarat dengan para pegawai kementerian saya di rumah saya.

“Kerja beres tetapi terhad,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor di sini hari ini.


Muhyiddin, yang juga presiden PPBM, bercuti sejak 12 Julai selepas menjalani pembedahan di Singapura untuk membuang ketumbuhan di pankreas, yang dikesan ianya berada pada tahap awal.

Beliau dibenar pulang pada 12 Ogos dan mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen Pagoh di Dewan Rakyat dua hari kemudiannya. – BERNAMA

Kategori