Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

100 Motosikal Kena Bakar...

LEBIH 100 motosikal terbakar dalam kebakaran yang disyaki berpunca daripada perbuatan khianat di...

Masalah Adat, Biar Adat...

SEREMBAN - Apa juga masalah berhubung adat di Negeri Sembilan, biar adat yang...

Reformasi Institusi Agama Dijangka...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu proses reformasi yang dilakukan...

“UMNO, PAS Takkan ‘Kahwin’,...

UMNO tidak akan 'berkahwin' dengan PAS dalam membentuk sebuah kerjasama bagi memperjuangkan matlamat...

“Saya Pencuri Hati Rakyat,” Kata Najib

SEMENYIH – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dirinya sebagai pencuri hati rakyat dan bukannya ‘pencuriku’ seperti yang digelar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya pencuri hati rakyat,” katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan dan beramah mesra bersama penduduk di Tesco Semenyih di sini hari ini.

Terdahulu, kira-kira 500 penduduk Semenyih menyambut kedatangan Najib bersama rombongannya dengan melaungkan slogan ‘malu apa bossku’ sebagai tanda sokongan terhadap pemimpin tersebut.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, kehadirannya ke Semenyih atas permintaan pemimpin tempatan UMNO untuk membuat tinjauan selain membeli-belah barangan dapur di sana.


“Saya tidak sangka sambutan yang diberikan penduduk begitu luar biasa, ini menunjukkan mereka mahu mendekati saya sebagai seorang pemimpin.

“Mudah-mudahan sokongan yang diberikan malam ini diterjemahkan dalam bentuk undi nanti,” ujarnya. – K! ONLINE

Kategori