Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ammar Kembali Dalam Segmen...

SETELAH lima bulan suaranya 'menghilang' dari frekuensi Hot FM, semalam bagaikan permulaan buku...

Hujan Lebat, Ribut Petir...

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan 11 negeri di Semenanjung sehingga...

Penat Kerja, Posmen Ini...

SINGAPURA - Seorang posmen SingPost terpaksa dipecat setelah dia didapati selamba membuang banyak...

Keputusan Telaga Minyak Bertam...

KUALA TERENGGANU – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini diberitahu keputusan...

‘Saya Orang Anwar, Tapi Saya Tinggalkan Dia’ – Husni

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mendedahkan bahawa enam tokoh pembangkang yang parti mereka bergabung ketika ini tidak mampu bersatu.

Ini termasuk konon di bawah satu bumbung Pakatan Harapan bagi membawa Malaysia ke tahap lebih baik dengan mengambil kisah kegagalan blok sebelum ini dikenali sebagai Pakatan Rakyat, Barisan Alternatif dan sebagainya.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Tambun itu berkata beliau sama sekali tidak percaya enam pemimpin tersebut dapat bersatu seperti Barisan Nasional (BN).

Beliau merujuk kerjasama antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta Mohamad Sabu dalam blok pembangkang berkenaan.

“Kamu tahu Tun M (Mahathir) siapa? Saya tahu sebab saya (bekas) Menteri Kewangan II. Kamu tahu apa berlaku ketika isu beli Pos Malaysia dan Perwaja? Saya tahu. Kamu tahu Muhyiddin, kamu tidak tahu tapi saya tahu.

“Kamu tahu Anwar? Saya sendiri ‘orang’ Anwar tapi saya tinggalkan dia selepas dia berhenti (dipecat) jadi Timbalan Perdana Menteri. Boleh ke kita mengikut mereka? Kit Siang, Guan Eng dan Mat Sabu, semua enam orang ini.

“Boleh ke mereka membawa Malaysia bersatu konon untuk membina masa depan Malaysia yang lebih baik? Saya tidak percaya, sebab itu pilihan raya umum akan datang adalah BN untuk masa depan,” tambah Husni lagi.

Beliau berkata, dalam masyarakat Cina sendiri, ada satu falsafah kehidupan yang diamalkan iaitu hanya mengikut satu kuda dan bukannya enam kuda sekali gus sebagai perbandingan dalam isu kepimpinan organisasi.


“Saya ada kenalan dari kumpulan masyarakat Cina kebangsaan termasuk di Pulau Pinang, kalau kita mahu perubahan masa depan, kita bercakap 60 tahun Malaysia akan datang, kita kena ikut satu saja ‘kuda’.

“Kalau ‘kuda’ itu silap kita boleh betulkan. Saya apabila keluar Kabinet, saya ada jumpa (Datuk Seri) Najib (Razak). Saya nyatakan, kita mesti tukar masa depan, sebab kini kita ada persekitaran yang berbeza.

“Kita perlu bawa satu usaha supaya rasuah dihapuskan sepenuhnya. Najib kata ya… betul Husni. Saya kata, letak dalam semua komuniti, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mesti ada situ.

“Malah semua kementerian mesti letak SPRM dan dia kata sedang buat,” katanya. Husni juga yakin di bawah kepimpinan Najib, usaha banteras rasuah dapat dilakukan serta meletakkan Malaysia sebagai negara ‘sifar rasuah’.

Mahathir ialah Pengerusi PPBM; Anwar (Penasihat Umum PKR); Muhyiddin (Presiden PPBM); Mohamad (Presiden PAN); Kit Siang (Ketua Parlimen DAP) dan Guan Eng (Setiausaha Agung DAP). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori