Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bomba Cari Budak Dikhuatiri...

Tawau - Usaha mencari dan menyelamat (SAR) Muhd Famirul Aiman Rahman berusia tiga...

Dadah: 2 Lelaki Tidak...

LUMUT - Biarpun pernah ditahan tiga kali atas kesalahan yang sama, dua lelaki...

Semak Kenderaan Tunda Melalui...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan...

MB Kedah Singgah Bantu...

ALOR SETAR - Meskipun dalam perjalanan menghadiri majlis penting di Sungai Petani, Menteri...

Saya Nampak Jelas Individu Pukul, Tekap Seterika

KUALA LUMPUR — Seorang saksi dalam kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) yang meninggal dunia dipercayai didera rakan seuniversitinya, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia sangat pasti siapakah individu yang memukul dan mencederakan mangsa kerana dia melihat kejadian itu dengan jelas.

Bekas penuntut UPNM, Mohd Syafiq Abdullah, 22, yang juga rakan sebilik Zulfarhan Osman, memberitahu bahawa dia masih mengingati siapakah individu yang terlibat memukul mangsa kerana dia melihat kejadian itu dengan jelas walaupun ketika itu bilik asrama penginapan UPNM hanya diterangi cahaya dari lampu meja.

“Saya pasti, sebab saya nampak,” katanya ketika pemeriksaan balas peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, tertuduh pertama dan Muhammad Azamuddin Mad Sofi, tertuduh kedua dalam prosiding perbicaraan hari ke-18, hari ini.

Oleh itu, saksi pendakwaan ke-25 yang kini menjalani latihan ketenteraan di Kedah menafikan kemungkinan dia tersalah mengenal pasti individu yang memukul dan mencederakan mangsa dalam kes itu.

Bagaimanapun saksi itu bersetuju dengan cadangan Amer Hamzah bahawa dia mungkin tidak dapat mengingati dengan pasti di bahagian manakah di badan mangsa yang dipukul dan ditekap seterika oleh individu-individu berkenaan.

“Saya pasti siapa yang pukul, bahagian mana mungkin tak berapa ingat,” katanya.

Terdahulu kepada cadangan Amer Hamzah bahawa saksi itu memberi keterangan mendakwa dia boleh mengecam individu-individu terlibat adalah kerana dia takut dibuang oleh Angkatan Tentera Malaysia, Mohd Syafiq dengan tegas berkata “tidak”.

Pada prosiding sebelum ini Mohd Syafiq ada menamakan beberapa penuntut UPNM termasuk tertuduh-tertuduh yang didakwa, sebagai individu yang memukul, menekap seterika dan individu yang berada di dalam bilik ketika kejadian Zulfarhan Osman dipercayai didera di bilik 3-5 dan bilik 4-10, asrama UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.


Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang­sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. — BERNAMA

Kategori