Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MCA Desak Jeff Ooi...

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mendesak Ahli Parlimen Jelutong,...

Segerakan Perolehan MRSS: Yazid

LUMUT - Perolehan dua kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) yang dijangka diterima pada...

Ringgit Didagangkan Pada Tahap...

KUALA LUMPUR - Ringgit berkemungkinan didagangkan pada tahap semasa antara 4.130 dan 4.150...

Penganggur Mengaku Tidak Bersalah...

BUTTERWORTH - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

‘Saya Lihat Bas Terbang’ – Mangsa Terselamat

MUAR – “Saya lihat bas terbang,” kata seorang mangsa yang terselamat dalam nahas bas ekspres di KM137.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Pagoh awal pagi semalam.

Semasa berkongsi detik-detik cemas yang dialaminya itu, R. Nagadevan , 32, yang berasal dari Sungai Siput, Perak, berkata beliau berasa tidak senang hati sebelum menaiki bas itu, yang tiba lewat hampir sejam.

“Masa saya naik bas memang sudah tidak sedap hati sebab lambat. Bas sepatutnya sampai 1 pagi tapi (ia) sampai 1.50 pagi. Saya fikir, tak apalah sebab mungkin musim perayaan.

“Bila naik bas saya terus tidur, dan hanya terjaga apabila bas tekan brek mengejut dan penumpang menjerit. Saya lihat bas seperti terbang sebelum kami semua jatuh ke dalam curam,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, hari ini.

Menurutnya ketika kejadian, hampir kesemua penumpang sedang tidur dan lampu bas juga dipadamkan.

“Saya nampak penumpang lain termasuk saya berasa seperti dihentam kuat ke kiri dan kanan sebelum saya terhantuk ke kerusi hadapan dan tersepit di celah kerusi.

“Akibat kemalangan itu, saya cedera di kedua-dua belah kaki, dada, tangan kiri serta luka di bibir yang memerlukan jahitan,” jelasnya.

Nagadevan, yang bekerja sebagai penyelaras di sebuah gudang di Singapura, bagaimanapun berasa syukur kerana terselamat dalam kemalangan ngeri itu.

“Saya duduk di kerusi perseorangan barisan ketiga hadapan… syukur kerana selamat. Masa saya dikeluarkan dari bas, saya sempat bertanya kepada anggota penyelamat waktu ketika itu dan diberitahu sudah 4.30 pagi.


“Pada hari itu, saya bercadang menghadiri satu program keagamaan di Seremban, Negeri Sembilan dan memang tidak menyangka kejadian ini boleh berlaku,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang cedera, Zaw Oo, 25, yang berasal dari Myanmar, turut berkongsi pengalaman ngerinya dalam kemalangan itu.

“Bila sudah naik bas, saya terus tidur dan hanya terbangun semasa kemalangan berlaku. Saya lihat sekeliling bas dalam keadaan hancur,” katanya yang ditemani abang dan adik lelakinya.

Beliau yang cedera di kepala dan kaki kiri dijangka dibenarkan keluar dari HPSF hari ini.

Antara mangsa yang masih dirawat di hospital itu adalah warga India R. Govindara, 50, R. Kesavan, 26, dari Kajang, Selangor dan isteri pemandu bas yang hanya dikenali sebagai Miyarseh, warga Indonesia.

Dalam kejadian awal pagi Sabtu, bas itu terjunam ke dalam cerun dan merempuh benteng konkrit di Kampung Jayor di KM 137.3 berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh menyebabkan 14 orang maut dan 16 cedera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori