Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video Bayi Dilambung Bangkit...

VIDEO seorang bayi yang dilambung dengan memegang kakinya dalam satu persembahan jalanan di...

Mayat Lelaki Ditemui Di...

KOTA BAHARU - Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa lemas, ditemui di tali air...

Zahid Sedar Ada Usaha...

BONGKAR... Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tahu adanya usaha orang tengah yang...

Peluang Perniagaan Peserta AIM...

TELUK INTAN - Pelbagai peluang perniagaan yang disediakan bagi peserta Amanah Ikhtiar Malaysia...

“Saya Juga Dapat Jemputan Mewakili Negara” – TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan baginda juga pernah menerima jemputan untuk mewakili negara sebagai pemain polo pada Sukan SEA.

Bagaimanapun, pada baginda Sukan SEA adalah pertandingan peringkat lebih rendah dibandingkan dengan pertandingan tertinggi antarabangsa yang pernah disertainya di Argentina.

“Ya, saya mengetahui bahawa sukan polo ini akan dipertandingkan semasa temasya itu nanti, kerana saya juga mendapat jemputan mewakili negara sejak dari dulu lagi.

“Bukan saya tidak mahu bermain, ini kerana pertandingan Sukan SEA ini satu pertandingan peringkat lebih rendah dibandingkan dengan pertandingan tertinggi antarabangsa yang saya sertai,” titah baginda dalam satu wawancara yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Harimau Selatan.

Justeru, Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengucapkan selamat maju jaya kepada sesiapa yang mewakili negara di Sukan SEA di Kuala Lumpur (KL 2017) nanti.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini dilaporkan mungkin membuat penampilan dalam Sukan SEA 2017 selepas berada dalam senarai akhir 12 pemain skuad polo berpasukan.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Kelab Polo Putra, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, yang berkata Khairy layak secara merit berdasarkan pemilihan dibuat oleh Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA).


Terdahulu, Tunku Ismail dalam wawancara itu mengesahkan akan menghadiri seminar ‘World Football Summit’ pada bulan ini di Sepanyol.

“Ia adalah satu penghormatan dan pengiktirafan dunia bola sepak kepada saya di mana saya akan bertemu dan berkongsi idea bersama-sama semua pemimpin hebat dan kelab-kelab sukan bola sepak di seluruh dunia.

“Saya juga telah dijemput bukan sahaja untuk menghadiri seminar ini tetapi dipilih untuk memberi ucapan di hadapan kelab-kelab besar dan tetamu-tetamu seperti barisan pemilik kelab, presiden kelab, pengarah teknikal dari kelab-kelab hebat seperti Real Madrid, Barcelona, AC Milan, Bayern Munich, Juventus, Paris-Saint Germain, Manchester United dan lain-lain,” titah baginda. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori