Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SPNB Terima Lebih 90,000...

KULIM - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 91,206 permohonan Rumah Mesra...

MIC Antara Parti Gabungan...

TANJUNG MALIM - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, MIC merupakan...

KPDN Lakukan Rampasan Dengan...

Seremban: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan merekodkan peningkatan dalam tindakan penguatkuasaan...

Raja Muda Perlis Lawat...

ZURICH - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang kini dalam...

“Saya Galas Amanah Lebih Besar” – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – “Insya Allah, saya akan melakukan yang terbaik,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian menerusi catatan di Facebook (FB) pada hari pertama memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

“Pada hari Jumaat yang penuh barakah, saya memulakan tugas dengan menggalas amanah yang lebih besar demi rakyat Malaysia dan negara yang saya cintai,” katanya.

Terdahulu, beliau tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra, pada 10 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jamil Rakon.

Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Rabu lalu selain dikekalkan memegang portfolio Menteri Kanan Pertahanan.


Ismail Sabri mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya di Aras 4 dan kemudian menandatangani Buku Selamat Datang, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Pegawai Integriti JPM, Muhd Redza Ahmad.

Beliau kemudiannya menghadiri Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – myMetro Online

Kategori