Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

LATAR Buat Laporan Polis...

PIHAK konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR) hari ini mengeluarkan kenyataan...

Debat Calon Presiden Tonjol...

KULAI - Cadangan program debat calon presiden UMNO secara umum tidak akan mendatangkan...

Neelofa Kongsi Rahsia Bergelar...

SIAPA yang tidak kenal dengan personaliti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd. Noor...

PM Bertemu Pemimpin Perniagaan...

TOKYO - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu pemimpin-pemimpin perniagaan utama...

“Saya Diundang Hadiri KMM Saat Akhir” – Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau diundang menghadiri Kongres Maruah Melayu (KMM) semalam pada saat akhir.

Menurut beliau, pihaknya mengakui undangan itu dibuat pihak kongres susulan kenyataannya mempersoalkan keputusan beliau tidak dijemput sebelum ini.

Katanya, undangan itu dikemukakan pada petang 5 Oktober lalu namun beliau tidak dapat menghadirinya kerana berada di Port Dickson Negeri Sembilan.

“Saya dapat undangan lambat sangat, petang 5 Oktober saya ada di Port Dickson Negeri Sembilan.

“Sebenarnya saya memang tidak dijemput namun bila saya tanya pihak kongres mengapa tidak dijemput mereka akhirnya mengemukakan undangan rasmi ke KMM lewat petang Sabtu lalu.

“Undangan itu dimaklumkan (Datuk Seri Dr.) Wan Azizah (Wan Ismail) yang ada menelefon saya petang itu tetapi saya ada program di sekolah dan beberapa tempat lagi (di Parlimen Port Dickson),” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini. – Sinar Harian

Kategori