“Saya Didesak Bebaskan Individu Daripada Tuduhan Jenayah” – PM

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya pihak yang mencetus krisis politik ketika ini tidak senang dengannya kerana beliau enggan mencampuri urusan mahkamah.

Perdana Menteri berkata, pihak berkenaan tidak selesa dengan ketegasannya yang enggan melayan desakan mereka supaya membebaskan individu tertentu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

“Saya tahu bahawa mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka.

“Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, hari ini. – BH Online