Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Juruterbang TUDM Wanita Cekap...

LABUAN - Ruang udara yang terbentang luas tidak sedikit pun menggentarkan juruterbang wanita...

Orang Ramai Digesa Manfaatkan...

SHAH ALAM - Orang ramai digalak memanfaatkan perkhidmatan dalam talian ‘My Online Pasport’...

Puasa Sunat Sempena Wukuf...

KUALA LUMPUR - Umat Islam yang ingin berpuasa sunat sempena hari wukuf di...

200 Wanita Dirogol Hanya...

Sudan – Lebih 200 wanita termasuk 80 pelajar sekolah di sebuah kampung di...

‘Saya Dah Pulangkan Rambut Palsu Itu’

KUALA LUMPUR – Pelakon, Nina Iskandar menyifatkan, gosip dia tidak memulangkan enam penyambung rambut palsu milik seorang jurusolek sebagai isu lama yang sengaja dibangkitkan untuk menjatuhkan reputasinya.

Nina berkata, dia terkilan dengan gosip yang mencalarkan nama baiknya dan mendakwa, semua rambut palsu bernilai RM1,500 itu sudah dipulangkan kepada jurusolek terbabit.

“Saya pernah mendapatkan khidmat jurusolek itu bagi menghadiri majlis pelancaran filem, Muka Surat Cinta, empat tahun lalu. Ketika itu, dia memakaikan saya penyambung rambut palsu, namun saya terlupa untuk memulangkannya.

“Jurusolek itu ada menghantar mesej kepada saya menerusi WhatsApp untuk bertanya mengenai rambut palsu itu dan saya membalasnya. Cuma, saya perlukan masa mencari semula rambut itu kerana sibuk.

“Tetapi apabila menemuinya, saya terus pulangkan kepadanya. Saya pelik kenapa isu itu perlu ditimbulkan sedangkan ia sudah selesai?,” kata pelakon yang popular menerusi drama, Andainya Takdir itu.

Niena berkata, dia ada menghubungi jurusolek terbabit menerusi Whatsapp untuk bertanya mengenai gosip yang diperkatakan. Jurusolek itu, bagaimanapun mendakwa, ada pihak lain cuba mensabotaj nama baik Niena.

“Dia mendakwa ada orang sengaja mahu menjatuhkan saya. Bagi saya, kalau tiada angin, takkan pokok bergoyang? Bagaimana perkara itu diketahui orang lain jika tiada pihak yang memberitahu?,” katanya.


Untuk membersihkan namanya, Nina memuat naik lapan paparan skrin mendedahkan perbualannya dengan jurusolek itu di laman sosial.

Katanya, dia tidak suka bercerita segala masalah kepada umum, namun terpaksa berbuat demikian untuk menjelaskan situasi sebenar.

“Saya perlu jelaskan situasi sebenar kerana gosip itu menjejaskan reputasi saya. Mujur, ramai yang memberi maklum balas baik mengenai isu itu,” katanya. – BH Online

Kategori