Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MAHB Tak Bocor Rakaman...

SHAH ALAM - Seorang kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini memberitahu...

Suntik Vaksin Influenza Setahun...

KUALA LUMPUR - Pengambilan suntikan influenza sekali dalam tempoh setahun boleh mewujudkan ‘imuniti...

Agong, Raja Permaisuri Ucap...

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Karl Shafek Dan Ajak...

AGAK terkejut kami mendengar berita kemalangan yang menimpa pelakon dan pengacara Karl Shafek,...

“Saya ‘Beauty With Brains’, Jangan Dengki” – Fathia

AKTRES kontroversi Fathia Latiff nampaknya tidak serik-serik lagi mengeluarkan kenyataan memalukan dirinya sendiri melaluiakaun Twitter miliknya.

Isnin lalu, pelakon berusia 30 tahun itu telah memuat naik status berbahasa Inggeris yang berbunyi:

“I’m a beauty with brain. Thats an obvious fact. Don’t be jealous. (Saya cantik dan bijak. Itulah kenyataan. Jangan cemburu).”

Seperti biasa, tweet berbaur angkat bakul itu telah mengakibatkan netizen memberikan respon yang sarkastik terhadapnya hinggakan kami yang baca pun rasa nak tercabut jantung!

@yyun1rahman: You are beauty with brain, its just that most of the time, u didnt use it. (Awak memang bijak dan cantik, cuma kebanyakan masanya awak tak guna otak sangat).”

“@sufiannn: Artis yang dah tak laku pastu mencapap kat live IG orang lain macam parasit lagi pathetic sis 😰.”

“@Radja_Fitry: Sometimes ur brain go down to ur knee. Sometimes la not everytime. 😊 (Kadang-kadang otak awak jatuh ke lutut. Kadang-kadang la bukan selalu).”

“@syazwanirosly: Maybe you are, but bad attitude wont make you beautiful, dear. (Awak mungkin cantik, tapi perangai buruk awak takkan buatkan awak nampak cantik).”

Malah, tidak cukup dengan itu, ada juga yang mempersendakan tatabahasa yang digunakan oleh graduan sarjana muda undang-undang itu.

Fathia, yang berada di kota London semasa ‘perang tweet’ itu berlaku, juga dengan gigihnya telah menjawab satu persatu respon negatif netizen terhadapnya.


Bagaimanapun, tindakannya itu tidak mematahkan ‘serangan’ warganet terhadapnya.

Sementara itu, pelakon Ariana Rose itu juga telah memberi amaran keras kepada para suami orang agar henti mengirimkan direct message kepadanya dan fokus kepada isteri mereka sahaja.

Fathia mendakwa, ada di antara mereka yang menghantar gambar ‘burung’ mereka kepadanya!

Berang dengan tindakan itu, Fathia mengatakan bahawa dia akan memberi penampar kepada sesiapa yang berani menghantar gambar tidak senonoh kepadanya lagi.

Hai, Fathia. Kebelakangan ni semakin merepek pula kiriman-kiriman tweet anda. Adakah bertujuan untuk dapatkan publisiti berterusan oleh kerana tawaran berlakon pun dah berkurangan sekarang ni?

Kalau itu niatnya,janganlah menampakkan ‘bodoh’ tu kerap sangat. Simpan sikit untuk masa depan! – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori