Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PU Mizi Juara Pencetus...

KAJANG - Pegawai dakwah iaitu Nor Hamizi Jamaluddin diumumkan sebagai juara rancangan realiti...

Lelaki Tawar Diri Jalani...

Moscow – Seorang lelaki yang sedang sakit teruk menjadi individu pertama di dunia...

Gambar Istiadat Penghormatan Jenazah...

Perjalanan pulang terakhir bagi 20 jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17...

“Wenger In” Atau “Wenger...

ARSENE Wenger menghadiahkan Piala FA pada musim ini ketika penyokong Arsenal heboh mahu...

“Saya Bukti Mangsa Bohong Pembangkang”

KUALA LUMPUR – Pembangkang perlu menghentikan pembohongan serta fitnah yang dilemparkan semata-mata  kerana mahu mencapai keinginan sendiri.

Pengerusi BN Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, mereka bahkan tanpa segan silu mengakui pembohongan yang mereka lakukan selepas keinginan mereka tercapai.

“Hentikanlah pembohongan, saya adalah bukti mangsa fitnah pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13.

“Selepas mereka mencapai apa yang mereka inginkan, tanpa segan silu akhirnya mereka akui kata-kata mereka tidak benar,” katanya.

Menurutnya, beliau berdepan dengan pembohongan dan fitnah itu sehari sebelum hari mengundi membabitkan isu tanah di Bukit Jalil.

“Saya sudah mengalaminya, sehari sebelum hari mengundi mereka bangkitkan siu tanah di Bukit Jalil. Saya tiada peluang untuk menerangkan situasi sebenar.

“Akhirnya pergi mahkamah ternyata mereka kalah dan terbukti menipu. Nasib baik say atidak minta duit kerana kasihankan Nurul Izzah yang ketika itu baru bercerai. Namun persepsi tersebut terus dimainkan berterusan menybabkan imej BN dan saya telah dirosakkan,” katanya.

Beliau berkata, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk menumbangkan BN termasuk menyebarkan fitnah dan pembohongan.


“Di Lembah Pantai sendiri pada PRU13 dikatakan ada lima ribu engundi hantu. Hakikat sebenarnya adalah mereka adalah golongan setinggan yang tlah berpindah ke kawasan flat.

“Akhirnya tuduhan itu habis begitu sahaja namun persepsi di media social masih ada dan ia akan mula timbul apabila hampir pilihan raya,” katanya memetik laporan UMNO Online.

Jelasnya, permainan persepsi dan politik fitnah serta pembohongan ini adalah strategi pembangkang untuk merosakkan minda rakyat serta menimbulkan kebencian kepada kerajaan.

“Pembangkang hanya mahu memberi persepsi kononnya parti BN hanya suka menipu padahal apa yang berlaku pada PRU-13, merekalah yang telah banyak melanggar undang-undang,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=tB7UVBgDe24

Kategori