Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rusia Taja 2 Pelajar...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Rusia menerusi kedutaan negara itu di sini telah menawarkan...

KM Pun Terpalit Kes...

GEORGE TOWN - Ini mungkin satu senario paling lawak dan ajaib dalam dunia...

Selangor Rancang Ambil Alih...

Kerajaan Selangor merancang untuk mengambil alih sebahagian jalan-jalan Persekutuan di kawasan perindustrian yang...

Geng Samun Alza Biru...

PULAU PINANG - Kumpulan samun yang digelar Geng Alza Biru tumpas selepas tiga...

“Saya Akan Kongsi Kisah Ini Dalam Lagu” – Sufian

APAKAN daya, jodoh penyanyi, Sufian Suhaimi dan pelakon, Elfira Loy tidak kesampaian apabila disahkan terputus di tengah jalan.

Akur akan perkara itu, Sufian akhirnya tampil memberikan reaksinya terhadap perkara tersebut dengan mengesahkan ikatan pertunangan dia dan Elfira telah putus mengikut adat.

Baca: Bapa Elfira Sudah Pulang Semula Cincin Tunang

Kata Sufian, bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin telah datang ke rumahnya di Muar, Johor untuk memulangkan cincin pertunangan kepada keluarganya pada semalam (Ahad).

Sufian menganggap perkara tersebut selesai dan berharap peminat mereka mendoakan yang baik-baik untuk dia dan Elfira.

“Semuanya selesai penuh adat. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang peduli mengenai kami dan yang mendoakan baik-baik untuk kami,” katanya memetik portal BH Online.

Juga: Sufian Suhaimi, Elfira Loy Sah Putus Tunang

Lagi: “Selagi Cincin Bersama Elfira, Kami Masih Tunang” – Sufian

Terdahulu, ibu aktres tersebut, Filzah Yusoff mengesahkan pertunangan antara anaknya dan penyanyi yang popular menerusi lagu Terakhir itu telah putus.

Namun, Sufian menerusi pengurusnya berpendapat bahawa selagi cincin pertunangan tidak dikembalikan, mereka masih mempunyai ikatan pertunangan.

Sufian dan Elfira melangsungkan pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan mengumumkan tarikh perkahwinan mereka jika mengikut perancangan adalah pada bulan Mac ini.

Jelas Sufian, dia tidak mahu memanjangkan cerita mengenai kisah pertunangannya itu dan menganggap jodoh mereka berdua telah terhenti setakat itu.

Menurut Sufian, dia kini ingin menumpukan seluruh perhatiannya kepada kariernya dan ingin mengubati hati yang luka itu dengan berkarya.

Elfira-Sufian Bertunang, Nikah Mac Depan

Sufian berkata semua yang terbuku di hatinya kini akan diluahkan melalui lagu.

“Ada pepatah Inggeris menyebut ‘a broken heart creates a masterpiece’. Jadi saya akan cuba kongsi melalui lagu.


“Insya-Allah saya takkan biarkan tarikh 23 atau 24 Mac depan yang sepatutnya menjadi detik saya berkahwin, jadi sia-sia.

“Kalau semuanya berjalan lancar, saya akan kongsi dengan anda semua,” ujarnya.

Single terbaru Sufian berjudul Di Matamu dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sejak berita Sufian dan Elfira putus tunang, rakan-rakan artis seperti Sharnaaz Ahmad, Heliza Helmi, Haqiem Rusli dan Aiman Tino turut menyampaikan kata-kata semangat kepada Sufian yang dikongsinya sendiri di laman Instagram.

“Kita sayang orang itu, belum tentu dia milik kita sebab Allah dah tetapkan orang lain akan jaga dia untuk kita. Allah Maha Kuasa dan Mengetahui. Kekal positif dua adikku.

“Setiap pertemuan dan jodoh itu rahsia Allah. Bertabahlah wahai jiwa Sufian dan Elfira. Reda dengan ketentuan-Nya. Semoga Allah berikan cahaya buat kalian,” tulis Sharnaaz kepada Sufian dan Elfira.

Aiman pula menyampaikan mesej kepada Sufian dengan mengatakan perkara yang terjadi ini pasti ada hikmahnya selain mengingatkan Sufian untuk terus bersabar.

“Biarkan apa orang nak cakap. Diaorang tak tahu apa yang korang lalui. Jangan termakan dengan kata-kata netizen,” tulisnya menerusi kiriman WhatsApp.

Keretakan hubungan Sufian dan Elfira mula dihidu netizen sejak hujung tahun lalu apabila mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial.

Apa yang penting, mereka berdua perlu terus bekerja keras untuk terus mengukuhkan nama mereka dalam industri hiburan negara kerana perjalanan karier kedua-dua penghibur berbakat ini masih jauh. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori