Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Robot Bakal Ganti Pekerja...

SINGAPURA - Lebih separuh pekerja di lima negara di Asia Tenggara berdepan risiko hilang...

KPDNKK Tidak Pernah Keluarkan...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak pernah memberi lesen...

Malaysia Tetap Guna Vaksin...

PUTRAJAYA - Kerajaan membuat keputusan untuk terus menggunakan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca berikutan...

Laporan Jabatan Perangkaan Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan terus kukuh...

Saudi Perkenal Gajet Khas Bantu Mudah Jemaah

CANGGIH… Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi baru-baru ini menerbitkan satu video yang menampilkan pelbagai alat teknologi moden bakal digunakan semua jemaah mulai tahun 2029.

Ia dicipta khas untuk memudahkan pergerakan jemaah terutama yang kali pertama dapat rasai pengalaman ibadah termasuk urusan komunikasi diterjemah secara automatik dalam bahasa Arab ketika berhubung petugas tempatan.

Menurut stesen penyiaran Al-Arabiya, video yang berdurasi 2 minit 55 saat itu menunjukkan setiap jemaah akan menerima sebuah pakej dilengkapi gajet canggih sebelum perjalanan mereka untuk melakukan haji atau umrah.

Pakej itu termasuk lencana, alat pendengaran dan jam tangan elektronik yang perlu dipakai sepanjang masa sebaik sahaja jemaah tersebut tiba di terminal lapangan terbang antarabangsa ditetapkan sama ada Jeddah atau Madinah.

Al-Arabiya melaporkan, lencana itu akan membolehkan jemaah memasuki gerbang elektronik dan bukan laluan kastam di lapangan terbang. Mereka kemudian akan terus menaiki kereta api laju ke destinasi masing-masing.

Lencana ini juga digunakan untuk memasuki terus bilik hotel tanpa perlu mereka beratur panjang bagi uruan daftar penginapan atau ‘check-in’ kerana sudah dimasukkan lebih awal dalam sistem rekod pelanggan hotel terbabit.


Alat pendengaran dan jam tangan elektronik itu pula menyediakan segala maklumat dalam sebarang bahasa serta memaklumkan jemaah apabila selesai bertawaf di Kaabah dan memperdengarkan bacaan doa kepada mereka.

Setiap alat tersebut dihubungkan kepada telefon bimbit jemaah dan dilengkapi alat pengesan kedudukan agar ahli keluarga dapat cari satu sama lain seandainya salah seorang daripada mereka tersesat jalan dalam keadaan sesak.

Alat pendengaran dibekalkan oleh kerajaan Arab Saudi itu juga membolehkan pihak berkuasa di kawasan tersebut untuk bantu menterjemahkan arahan secara langsung kepada jemaah asing yang tidak tahu berbahasa Arab.

Setiap hari Makkah dan Madinah menjadi tumpuan ratusan ribu jemaah umrah di samping jutaan jemaah haji dari seluruh dunia bagi menunaikan Rukun Islam yang kelima itu pada awal bulan Zulhijjah. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori