Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hakim Tarik Diri Daripada...

PUTRAJAYA - Seorang daripada tiga hakim yang menganggotai panel Mahkamah Rayuan hari ini...

Bekas Diplomat, Anak Tidak...

RAUB - Bekas diplomat bergelar Datuk dan anaknya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan...

Antara Klopp-Mourinho, Lebih Baik...

BEKAS pemain Liverpool telah membandingkan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dengan bos Manchester United...

Anak Mengaku Kelar Ibu...

MELAKA: Seorang anak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas...

Saudi Naik Gaji 1.5 Juta Penjawat Awam

REZEKI… Ketika kerajaan Malaysia di bawah Pakatan Harapan (PH) bertindak drastik sekat gaji 1.6 juta penjawat awam yang sepatutnya mula naik pada Julai lalu, lain pula halnya dengan Arab Saudi.

Media tempatan di negara terbesar rantau Asia Barat itu melaporkan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mewartakan dekri diraja mengenai kenaikan gaji tahunan 1.5 juta kakitangan awam termasuk bonus dan elaun bulanan mereka.

Perintah eksekutif tersebut sebenarnya sudah dimaklumkan pada 16 Oktober lalu, namun berita gembira itu tidak dilapor media seluruh dunia termasuk Malaysia, yang lebih fokus isu pembunuhan profil tinggi, Jamal Khashoggi.

Menurut laporan semua media Arab Saudi, baginda berkenan mengeluarkan dekri khas itu sejajar dengan saranan daripada pihak Jawatankuasa Kewangan Kebangsaan yang diterajui sendiri oleh Putera Mahkota Mohamad Salman.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi dengan ‘berat hati’ terpaksa memutuskan tiada kenaikan gaji tahunan secara tetap untuk semua kakitangan awamnya pada 2017 lalu ekoran kejatuhan teruk harga minyak mentah di pasaran global.

Baca: GST Lonjak Ekonomi Saudi Jadi Lebih Baik – IMF
Juga: Raja Saudi Arah Bayar Elaun Bulanan 1,000 Riyal

Ini menyebabkan Raja Salman buat julung kali perkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai 1 Januari lalu dengan ambil contoh kisah kejayaan pelaksanaan sistem percukaian itu di Malaysia dan 190 buah negara lain.


Bagaimanapun, baginda tetap prihatin dengan nasib kebajikan rakyat marhaen khasnya penjawat awam yang miskin apabila arah pertambahan elaun bulanan selain kadar pencen untuk pesara dan pelbagai bantuan kebajikan lain.

Pada Mei lepas, Majlis Menteri Arab Saudi memutuskan pindaan imbuhan dan kenaikan pangkat untuk kakitangan kerajaan tanpa perlu melalui penilaian prestasi semasa serta saran pelaksanaan skim itu bermula awal tahun depan.

Ini bakal menyaksikan penjawat gred satu dengan pangkat paling rendah akan menikmati kenaikan gaji sebanyak 135 riyal (RM150) manakala gred 15 iaitu kelas paling tinggi pula menikmati pertambahan 865 riyal (RM961).

Hanya sebilangan kecil petugas awam di Arab Saudi yang diisi oleh warga asing manakala sektor pendidikan dan kesihatan mencatat jumlah paling banyak kakitangan berbanding agensi kerajaan lain. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori