Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

“Kami Enggan Berdiri Untuk...

KUCHING - Kumpulan pendesak lantang, Sarawak For Sarawakians (S4S) hari ini mendakwa ahlinya...

“Saya Hanya Diperlukan Masa...

NAIB Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa tidak berminat dengan sebarang jawatan selepas Pakatan Harapan...

Basel Tunjuk Jalan Keluar...

LIVERPOOL - Jaringan gol penyamaan Steven Gerrard gagal membantu Liverpool mara ke pusingan...

6 Penduduk Israel Cedera...

BAITULMAQDIS - Tembakan yang dilepaskan daripada kenderaan bergerak mencederakan beberapa penduduk Israel di...

Saudi Larang Cenderamata Gambar Kaabah

TEGAS… Kementerian Perniagaan dan Pelaburan Arab Saudi meneruskan kempen larang jualan cenderamata Kaabah, Makam Nabi Ibrahim dan Masjidil Haram demi “memelihara kesuciannya”.

Sebilangan kedai di Makkah sudah dimaklumkan mengenai perintah larangan tersebut menerusi kunjungan-kunjungan pemeriksaan pegawai kementerian berkenaan yang dipetik oleh media tempatan.

Cenderamata dan barangan antik berbentuk Masjidil Haram dirampas. Beberapa kedai yang langgar peraturan itu dimaklumkan tentang akibat daripada perbuatan tersebut bagi memelihara kesucian tempat ibadah sedemikian.

Kebanyakan pertubuhan komersial di tanah suci tersebut bekerjasama dengan kilang antarabangsa untuk jual cenderamata yang ada replika Kaabah dan Makam Nabi Ibrahim kerana ia dikatakan membawa keuntungan.

Ahli ekonomi yakin sektor barangan antik dan hadiah di Makkah dan Madinah akan jana peluang pekerjaan bagi peniaga tempatan di samping adanya peluang pengilang melakukan pengeluaran secara berskala besar.

Ali Al-Twaim, profesor sistem guaman Islam, memberitahu Arab News bahawa jual cenderamata yang mengandungi gambar Kaabah dan Masjidil Haram adalah penghinaan ke atas kesucian dan ia adalah amalan yang salah.

“Banyak cenderamata tidak mencerminkan tahap kasih sayang pada tempat-tempat itu. Bagaimanapun, sebilangan jemaah umrah dan haji, dan pelawat yang benar-benar berminat dengan apa saja yang dijual di Makkah.

“Tidak kira sama ada Kaabah, Makan Nabi Ibrahim atau Masjidil Haram,” jelas Ali kepada Arab News. Dari segi ekonomi, Abdel Moneim Bukhari, yakin bahawa replika sedemikian adalah cenderamata yang banyak disimpan.

Pemilik Pertubuhan Al Meawiah bagi Barangan Antik dan Hadiah, menjelaskan perniagaan sedemikian dapat mengekalkan semacam hubungan antara jemaah dengan tempat-tempat suci itu apabila mereka balik ke tanah air.


Abdel mengatakan bahawa “jemaah umrah dan haji, seperti pelancong lain di seluruh dunia, mahu membawa pulang sebarang cenderamata atau hadiah yang mengingatkan mereka tentang suasana indah Makkah.”

Beliau juga berkata kepada Arab News, barangan seumpama itu memiliki kesan ekonomi yang positif kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar dan juga aspek pelancongan kepada Arab Saudi.

“Banyak produk cenderamata ini diimport dari beberapa negara seperti China, India, Taiwan dan Pakistan. Ia harus bermutu tinggi dan mencapai tahap piawaian yang terhormat,” jelas Abdel.

Beliau mengatakan apa saja dari Makkah harus dibuat di Makkah dan menyokong ekonomi haji dan umrah. “Salah satu tunggak Wawasan 2030 termasuk tingkatkan jumlah jemaah umrah dan haji kepada 30 juta menjelang 2030.”

Abdel juga berkata banyak sektor ekonomi akan menyesuaikan keadaan dengan cabaran pada tahap ini, yang bermakna tuntutan haji dan umrah serta keperluan mereka adalah amat penting.

Ini termasuk dari segi penyediaan perumahan, hotel, cara kehidupan, pengangkutan awam, industri barangan antik dan hadiah. – Agensi

Kategori