Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Barisan Kepimpinan PKR Jangan...

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Desakan PM Berundur Tak...

SEREMBAN - Desakan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur tanpa...

Adik Kepada Bekas PM...

KUALA LUMPUR - Adik kepada bekas Perdana Menteri Ketiga Allahyarham Tun Hussein Onn,...

Mahathir Dakwa Kerajaan PN...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia ada secara automatik didakwa sudah terbubar dan tidak...

Saudi Buka Kompleks Gajet Telekomunikasi 100% Wanita

RIYADH – Jika di Malaysia, pihak kerajaan Persekutuan mewujudkan Digital Mall menempatkan usahawan telekomunikasi bumiputera yang ketinggalan kerana tiada ruang bisnes strategik.

Namun lain halnya di Arab Saudi apabila Kementerian Buruh dan Pembangunan Masyarakat secara rasmi membuka sebuah kompleks perniagaan telekomunikasi yang 100 peratus diusahakan golongan wanita tempatan.

Lebih unik, gedung bisnes berkenaan menawarkan perkhidmatan yang bersepadu lengkap untuk keperluan kaum Hawa dan terletak di Ghurnatah, daerah Al-Remal timur Riyadh, lapor portal berita domestik Arab News.

Selaras Program Transformasi Kebangsaan 2020 dan Wawasan Arab Saudi 2030, kompleks telekomunikasi itu turut menyaksikan penglibatan sepenuhnya rakyat tempatan sendiri langsung tanpa menggaji mana-mana pekerja asing.

Buat masa ini, gedung itu berjaya menempatkan lebih 40 buah kedai dengan menjual segala jenis produk gajet, aksesori dan perkhidmatan telekomunikasi selain sebuah medan selera yang sudah mula beroperasi sejak bulan lalu.

saudi women2

Paling menarik, pihak pengurusan kompleks berkenaan juga menawarkan sewa percuma selama tiga bulan bagi membantu semua usahawan wanita untuk bertapak kukuh perniagaan mereka dahulu sebelum dapat bersaing.


Selain bantuan dana Human Resources Development Fund (Hadaf) dan pinjaman bebas riba Saudi Credit and Saving Bank, pihak kompleks itu menyediakan banyak bilik mandi, kamar rehat serta kawalan keselamatan 24 jam.

Tidak ketinggalan, perkhidmatan bas khas turut diadakan untuk mengangkut pekerja dan peniaga berulang-alik dari rumah mereka ke kompleks tersebut kerana wanita di Arab Saudi masih dilarang memandu kenderaan sendiri.

Majlis perasmian dihadiri oleh penasihat kementerian, Dr. Ibrahim Al-Shafi, dan Setiausaha Rendah Program Khas Kementerian, Abdulmunim Al-Shihri serta pemilik gedung berkenaan sendiri, Abdulrahman Al-Hameed.

Kerajaan memberi jaminan pewujudan kompleks khas seumpama itu mampu memberi peluang perniagaan kepada ramai usahawan wanita membina kerjaya tanpa gangguan atau persaingan kotor. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori